Nampaknya gosip mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan antara Amar Baharin dan Amyra Rosli masih hangat diperkatakan.
Sebelum ini mereka dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November depan.
Terbaru menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, ada sumber memberitahu pasangan ini bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini. Malah, Amar juga sudah berlatih memanggil ibu Amyra dengan panggilan “Mamaâ€.
Ibu Amyra dan Amar sememangnya agak rapat apatah lagi ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni Amar.
Berikut antara petikan  kenyataan daripada Cik Pang :-
Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.
Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi harapnya Amar dan Amyra boleh buat penjelasan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka. Iyalah, sudah beberapa kali juga mereka dihimpit dengan gosip percintaan dan pernikahan.
PS: Nak dekat raya ni persiapan korang macam mana? Beberapa hari je lagi pastu raya dah! Admin baru-baru ni singgah Sunway Pyramid nak beli baju raya, jalan punya jalan ternampak ada benda baik punya! Sekarang ni Sunway Pyramid ada buat event sempena aidilfitri yang bakal menjema tak lama je lagi. Macam-macam aktiviti ada dorang buat. Sekali tengok tema retro la pulak. Menggamit memori sungguh! Bila masuk je korang akan rasa style orang-orang dulu.