Demam Amar Baharin dan Izreen Azminda nampaknya masih tidak kebah lagi. Mereka masih lagi dikaitkan antara satu sama lain walaupun kedua-duanya telah mengaku hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Abang Nara memahami hati para peminat yang mahu mereka bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Muka pun ada iras-iras. Orang kata muka seiras ini maksudnya ada jodoh yang kuat.
Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Amar Baharin ketika ditemuramah oleh MalaysianDigest ini memang lain macam juga sebenarnya. ‘Baik’, ‘comel’, ‘takut jatuh cinta’ dan beberapa lagi perkataan yang kalau anda seorang wanita, pasti akan cair mendengarnya. Kata Amar:-
Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini. Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.
Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja.
Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.
Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu ‘control’. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila
Memang selalu terjadi kawan baik akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih dan akhirnya menjadi suami isteri. Mungkin satu masa nanti hal seumpama ini akan terjadi kepada Amar Baharin dan Izreen. Siapa tahu kan? Apa pun janganlah kita selaku peminat mengharap lebih-lebih. Kalau dah tertulis jodoh antara mereka, pasti akan ke jinjang pelamin jua. Tak gitu?