Amar Baharin Syukur Dapat Memperisterikan Amyra Rosli, Bakal Berbulan Madu Di Tokyo

Hiburan

Amar Baharin Syukur Dapat Memperisterikan Amyra Rosli, Bakal Berbulan Madu Di Tokyo

Dua tahun menyulam cinta,akhirnya pasangan sama cantik dan sama padan, Amar Baharin dan Amyra Rosli sah bergelar suami isteri pada hari Jumaat lepas ( 11 November 2016) Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.

Advertisement

Amar ketika ditemui pihak media sempat meluahkan rasa syukur kerana impian beliau untuk memperisterikan Amyra akhirnya termakbul.

Alhamdulillah semua perancangan untuk majlis perkahwinan kami berjalan lancar. Syukur kerana impian saya untuk memperisterikan Amyra akhirnya menjadi kenyataan.

Amyra mempunyai sikap kewanitaan yang sangat menepati ciri-ciri gadis idaman saya selama ini. Keyakinan saya semakin kuat untuk mengahwininya selepas mengenali hati budi dia dan keluarganya

Pasangan ini bakal berbulan madu di Tokyo kerana Amyra teringin sekali untuk berkunjung ke Disneyland.

Berbicara soal cahaya mata, pasangan ini bersedia jika ditakdirkan untuk menjadi ibu dan bapa lebih awal. Amar dan Amyra merencan untuk mendapatkan empat orang cahaya mata.

Dalam soal rezeki mendapatkan cahaya mata, kami menerimanya dengan hati berbunga andai ada rezeki dalam tempoh terdekat ini.  Kalau diikutkan perancangan, kami menginginkan empat orang cahaya mata. Tapi kalau diberi lebihpun, apa salahnya.

Semoga mahligai cinta yang dibina oleh Amar dan Amyra akan berkekalan sehingga akhir hayat. Amin..

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...