Written by Bella | July 26th, 2018

Berbeza dengan isterinya, Amyra Rosli yang semakin aktif berlakon dan mendapat sambutan ketika membawakan watak Nur, nama pelakon Amar Baharin seakan jarang diperkatakan lagi. Malah, beliau juga sudah lama tidak muncul di kaca televisyen membintangi mana-mana drama.

Ada yang berkata, Amar masih diingati dan dikenali kerana menumpang populariti isterinya sahaja. Bagaimanapun, Amar menafikan dakwaan itu. Jelas beliau, soal menumpang populariti itu tidak pernah timbul kerana sejak daripada dulu lagi mereka mempunyai karier masing-masing.

Selepas berkahwin, kami meneruskan karier masing-masing. Cuma apabila ada sokongan daripada isteri dan ada anak (Aqeef Anaqi), populariti semakin kuat dan kukuh. Kalau seorang, populariti saya nampak terkontang-kanting begitu saja.

Sekarang saya lebih mengutamakan cerita berkenaan keluarga kerana peminat lebih sukakan cara ini. Mereka nak tahu pasal keluarga dan tak ambil peduli apa yang saya lakukan secara sendirian.

Biasalah, kadang-kadang perjalanan karier setiap orang itu berbeza tetapi tidaklah sampai tiada rezeki untuk keluarga. Difahamkan, Amar akan kembali ke set penggambaran pada penghujung bulan ini dan bakal bergandingan dengan Izara Aishah dala sebuah drama adaptasi novel.  Sama-sama kita nantikan kemunculan semula Amar.

Sumber Berita : Harian Metro

9 responses to Amar Baharin Nafi Tumpang Populariti Isteri

  1. benda kecik says:

    alaaa… biar la tumpang atau tak tumpang sekali pun, apa salahnya. suami isteri kan…

    benda kecik je ni pun… benda mcm ni pun nak tulis ke ?

    14

    0
  2. courts mammoth says:

    Ni la propaganda nak runtuhkan rumahtangga org yg baik2.

    9

    0
  3. Anonymous says:

    tak abih-abih lagi kerrrrr pasal isu ni? ritu dah kluar, ni ada lagi adui lahaiiiii

    3

    0
  4. Anonymous says:

    yang penting Anaqi ni comel terukkk, geram tgk huhuh

    2

    2
  5. aisy says:

    Yang penting Anaqi ni comel teruk, geram tgk rasa nk cubit pipi dia

    2

    1
    • wekkkkkkk says:

      mmg comel, anak Sam pun comel. Bukan mcm anak selebiriti yg berlaki Datuk Tua tu…byk betul dlm youtube

      1

      3
  6. Lara says:

    Pasangan yg cute..ank pun comel je..ala Amar duk jaga anaqi tu la..si amyra kan sibuk berlakun..
    Dah ramai sgt pelakon baru..kdg2 sampai terlupa..sb pelakon skrg x ada mark identiti

    7

    0
  7. Anonymous says:

    patut ikut stail janna nick tu… g lah cari sorang produser ke penerbit ker nyendeng2 buat ala2 anak angkat… tgk janna stail statik jer sume drama.. tp laku jgk pakai kabel sheila rusly…

    3

    0

Leave a Comment

Optional