Sudah beberapa kali digosipkan bercinta dengan Amyra Rosli dan merancang untuk berkahwin dengan aktres tersebut, kali ini Amar Baharin menepis gosip terbaru  kononnya mereka sudah bertunang.
Jelas Amar, beliau sama sekali tidak pernah menipu mengenai hubungan.
Buat apa saya nak menipu kalau memang perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, kalau betul ada apa-apa khabar gembira saya akan kongsikan dengan semua. Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia.
Perkara baik buat apa nak disorokkan. Jadi, saya hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar saya dipertemukan jodoh dengan cepat.
Amar juga berpesan kepada peminatnya agar tidak mudah percaya dengan khabar angin. Pada masa yang sama beliau berpendapat gosip mereka mempunyai hubungan istimewa bermula daripada kekerapan mereka berdua memuat naik foto bersama di Instagram.
Mengakui Amyra antara pelakon wanita yang paling rapat dengannya, Amar tidak menolak sekiranya mereka ada jodoh bersama.
Saya percaya ramai peminat mendoakan perkara itu, jadi saya aminkan saja. Kalau betul memang jodoh kami, saya terima.
Lagipun, saya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan berkeluarga. Hanya takdir dan masa yang akan menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran peminat.
Tak mustahil daripada kawan boleh jadi pasangan bercinta, lagipun mereka berdua memang nampak sepadan bersama. Biarlah perkara tersebut diserahkan kepada ketentuan takdir sahaja, kalau ada jodoh ada lah..