Amar Baharin Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Amyra Rosli November Ini

Hiburan

Amar Baharin Nafi Gosip Bakal Berkahwin Dengan Amyra Rosli November Ini

Hubungan mesra diantara Amar Baharin dan Amyra Rosli sering mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat. Malah, ada gosip yang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun ini. Mengakui terkejut dengan gosip beliau bakal berkahwin, Amar sekerasnya menafikan khabar angin tersebut.

Advertisement

Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula.

Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu.

Amar turut memberitahu beliau merasa kurang selesa apabila sering dikatakan bercinta denga Amyra kerana hubungan akrab mereka tidak lebih daripada seorang kawan.  Malah, kerjaya seni Amar diuruskan oleh ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad sejak awal tahun 2015.

Jika boleh saya tidak mahu terus dikaitkan begitu. Tapi saya tak mampu mengawalnya. Bimbang juga peminat atau orang di luar sana akan jelak. Saya tak mahu hal sebegitu akan mengganggu kerjaya.

Cuma kebetulan kami berada di bawah pengurusan yang sama, jadi ibu Amyra memang bekerja keras untuk memasarkan kami dan pastinya kami sering dilihat berada bersama di acara mahupun majlis tertentu.


Mungkin kerana kedua-dua mereka masih solo dan sering bergandingan bersama didalam drama, maka keseserasian itu boleh tampak dengan jelas. Walaubagaimanapun, tidak semestinya mereka bercinta bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...