Amar Baharin Enggan Komen Kenyataan Izreen Yang Tidak Mempunyai Doa Buatnya

Hiburan

Amar Baharin Enggan Komen Kenyataan Izreen Yang Tidak Mempunyai Doa Buatnya

Minggu lepas, Izreen Azminda ada mengeluarkan kenyataan yang agak panas sehingga ramai yang menyangka beliau masih berdendam dengan Amar Baharin apabila beliau memberitahu tidak mempunyai doa buat Amar dan pasangannya Amyra Rosli yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Advertisement

Malah, Izreen juga dengan tegasnya tidak mahu digandingkan dengan Amar didalam mana-mana drama ataupun filem.

Susulan perkara itu, ramai yang ingin tahu apakah pandangan Amar terhadap kenyataan Izreen. Walaubagaimanapun, Amar tidak mahu ambil pusing akan perkara berkenaan dan kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya.

Saya tiada komen dan kata-kata juga untuk dia. Sekarang saya sedang sibuk buat persiapan majlis dan berada di United Kingdom untuk penggambaran drama.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menjemput Izreen ke majlis perkahwinannya nanti Amar berkata, beliau menyerahkan hal berkaitan undangan kepada pihak pengurusannya.

Saya tidak uruskan jemputan, semua saya serahkan kepada pengurus saya untuk buat jemputan.

Kalau pernah ada salah faham, janganlah biarkan ia berlarutan.  Meskipun kita tidak mahu mendoakan seseorang , rasanya tidak perlu untuk memberitahu kepada umum kerana ia boleh memalukan diri sendiri serta individu terbabit dan mencetuskan kata-kata negatif dikalangan masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...