Amar Baharin Dan Amyra Rosli Bercinta?

Hiburan

Amar Baharin Dan Amyra Rosli Bercinta?

Gandingan Amar Baharin dan Amyra Rosli didalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong telah memikat hati peminat drama tersebut. Dikatakan sama cantik dan sama padan, ramai yang mahu melihat mereka bersama.

Amar mengakui selesa berkawan dengan Amyra kerana aktres tersebut seorang yang menghormati orang tua dan baik hati. Namun, beliau turut menafikan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Amyra apabila digosipkan bercinta  kerana wujudnya keserasian diantara mereka dalam drama Suamiku Encik Sotong.

Advertisement

Kami dikatakan bercinta sebab mereka lihat kami serasi dalam drama itu. Sebelum ini kami ada juga berlakon bersama tetapi tidak pula digosipkan kerana watak tersebut bukan pasangan kekasih.

Sering kelihatan bersama hampir setiap masa, Amar menjelaskan kini beliau diuruskan oleh ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad.

Ini pertama kali kerjaya saya diuruskan oleh orang lain kerana sebelum ini saya agak susah nak percaya orang dan apabila berjumpa ibu Amyra iaitu Kak Noor saya lihat dia mampu untuk menguruskan saya.  Sejak awal 2015 ini memang dia yang uruskan.

Alahai Amar, kalau bercinta pun apa salahnya bukan. Seorang kacak dan macho seorang lagi single dan cantik giteww. Kalau tak nak Amyra tu ramai lagi lelaki inginkan beliau diluar sana. Psst.. rugi Dazrin sebab lepaskan Amyra bukan.Heh

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...