Sepanjang Aidilfitri ini, Abang Nara suka tengok laman sosial artis-artis untuk melihat kemeriahan sambutan hari raya mereka. Semuanya nampak ceria, menawan, kacak dan jelita sangat-sangat. Paling Abang Nara suka ialah melihat pasangan suami isteri selebriti yang baru berkahwin menyambut Hari Raya buat pertama kali bersama-sama seperti Amar Baharin dan Amyra Rosli. Sweet sangat-sangat.
Apa yang lebih menarik, pasangan suami isteri ini telah menyambut Aidilfitri mereka dengan melakukan percutian keluarga ke Pulau Redang. Orang kata sambil menyelam minum air. Boleh honeymoon lagi sekali. Hehehe.
Tengah syok tengok-tengok gambar mereka berdua di Pulau Redang, Abang Nara tertarik dengan satu perkongsian informasi dari Amyra Rosli. Untuk makluman, Amyra kini sedang hamil. Bila baca perkongsiannya tentang vaksin, Abang Nara rasa kagum kerana pelakon ini sudah mempunyai kesedaran tentang kepentingan vaksin dalam mencegah penyakit berbahaya. Respek #JanganLupaCucuk #LengkapkanImunisasi.
Bukan senang nak lihat selebriti tanah air kita berkongsi sesuatu yang penting sebegini. Bagus sangat-sangat Amyra Rosli buat macam ini. Sekurang-kurangnya jutaan para pengikutnya di laman sosial akan sedar kepentingan mengambil suntikan vaksin. Selaku ibu bapa kepada tiga anak, Abang Nara memang mahukan lebih ramai golongan selebriti yang bersikap seperti Amyra Rosli. Kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi buat anak-anak kita.
Apa-apa pun, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri buat Amar Baharin dan Amyra Rosli disambut dengan penuh ceria dan kemeriahan. Tentu seronok berhari raya di Pulau Redang. Sama-sama kita doakan agar kehamilan Amyra dipermudahkan sehingga kelahiran kelak. Nanti anak lahir jangan lupa untuk lakukan suntikan vaksin. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin khas untuk Amar Baharin dan Amyra Rosli.