Amar Baharin Akur Dengan Prosedur Hospital, Tak Dapat Lawat Ibu Mertua

Hiburan

Amar Baharin Akur Dengan Prosedur Hospital, Tak Dapat Lawat Ibu Mertua

Pelakon, Amar Baharin memberitahu bahawa ibu mertuanya, Noor Zaridah Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital swasta selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas pada awal pagi Ahad semalam.

3 years ago

Bawa Watak 'Womanizer' Dalam Drama Terbaru, Amar Baharin Akui Kerap Istighfar Lepas Berlakon

Advertisement

Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 35 berkata keadaan kesihatan ibu kepada isterinya, Amyra Rosli sudah semakin pulih selepas mendapat rawatan di hospital tersebut, namun masih menunggu keputusan daripada pakar perubatan.

Alhamdulillah, dia baik-baik saja. Semalam tiba-tiba sesak nafas dan demam. Terus ditahan di wad. Sekarang tengah tunggu keputusan tapi pernafasan dah okey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Dalam pada masa yang sama juga, pelakon tersebut akur dengan peraturan hospital yang tidak membenarkan mana-mana pelawat datang semasa pandemik ini.

Saya tak pergi melawat pun. Prosedur hospital sekarang tak mengizinkan.

Amyra RosliSumber : Instagram Story Amyra Rosli  

 

Sebelum ini, Amyra turut berkongsikan satu gambar hantaran di akaun Instagram, dia sedang memegang tangan ibunya dan meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan ibu kepada pelakon tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...