Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Amar Baharim Dan Amyra Rosli Digosip Bercinta

Sebelum ini, kami pernah membaca komen seorang pembaca Beautifulnara yang mengatakan pelakon Suamiku Encik Sotong, Amar Baharim dan Amyra Rosli sedang bercinta. Sejauh mana kesahihan gosip itu tidak pula diketahui.

Hari ini melalui Utusan Online penulis bernama Aida memberitahu yang rakannya telah melihat aksi romantis antara dua pelakon tersebut di sebuah pusat membeli-belah.

Advertisement


Sebelum ini, Amar Baharim digosipkan dengan Izreen Azminda manakala Amyra pernah bertunang dengan Dazrin Kamaruddin.

Kalau betul bercinta mungkinkah berputik di lokasi penggambaran drama Suamiku Encik Sotong? Agak suspicious juga ya tak bila ada pembaca BN yang kata mereka bercinta dan kemudiannya ada pula di luar sana yang terlihat aksi romantis mereka berdua di pusat beli-belah. Kalau sekadar kawan takkan romantis pula.

Apa pun keduanya bujang jadi kalau bercinta pun tak menimbulkan masalah. Kita tunggu saja pengesahan atau penafian mereka nanti tentang hubungan romantis mereka itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top