February 19th, 2020

Pelakon Amar Asyraf sebelum ini, pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa telah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bernama Ellika Azman meskipun sudah mempunyai dua orang isteri.

amar asyraf

Baru-baru ini pula, isteri keduanya yang dikenali sebagai Vivi Jeffrey tampil mendedahkan dirinya telah diceraikan dengan talak tiga oleh aktor itu sejak 4 November tahun lalu secara bersemuka.

Meskipun dirinya dikecam teruk, Amar memberitahu kehidupannya berjalan seperti biasa. Tidak terkesan langsung dengan kontroversi tersebut yang hangat diperkatakan.

amar asyraf cerai isteri kedua talak tiga

Sekarang saya okay sahaja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi.

Sementara itu, Amar memberitahu segala tindakannya sebelum ini diketahui isteri pertamanya, Arna Salleh.

Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah.

Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut dan saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia izinkan dan tahu apa yang saya buat sebelum ini.

Terdahulu, Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan Amar sejak beberapa tahun lalu danĀ  dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber Berita : mStar Online


6 responses to “Amar Asyraf Buka Mulut Isu Kontroversi Cerai Isteri Kedua Talak Tiga”

  1. Bobcat says:

    Kannn?? Menyemak je atas muka bumi dok menjandakan anak pmpn org. Berbini dua x tertanggung ada hati nak tambah jd tiga… dah tu buat statement ala2 poyo mcm gud2. Sape amik serap berlakon mmg rugi sbb tgk ada muka dia je sure tukar tv channel. Ptuiii

  2. Ketum says:

    Patut nya Ashraf ni yg masuk liang lahad dulu.

  3. Beskal baru says:

    Teruknyer jantan nie..sampai 3 dier bagi..moga dmurhkn rezki

  4. Anonymous says:

    orang tengah sibuk hal ashraf lain ni. hang nak keluar jugak time ni pasaipa benda dah basi

  5. ciki says:

    terputus tali silaturahim dgn ex wife tak pe lg. jgn dgn anak ye.. tu ank. nafi la mcm mne pun. ttap jdi darah dging. tu je nk remind.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...