Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Hiburan

Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Tempoh hari, kecoh di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut popular tanah air, Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa ibu tirinya, Reena Arina menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya, pelakon Aman Graseka.

Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Advertisement

Tidak mahu dirinya dipersalahkan, Reena dikhabarkan tampil bersuara berikutan hal terbabit. Menurut Reena, suaminya sudah lama tidak menghubungi Dayini kerana berkecil hati dengan tindakan anak gadisnya itu yang memburukkan nama baik ibu tirinya di laman Instagram.

Malah, gadis itu juga difahamkan tidak dapat menerima bahawa dirinya kini sudah mempunyai adik tiri.

Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Saya suruh Aman supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burukkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun.”

Lebih perit, gadis itu juga dikatakan langsung tidak hadir menziarahi ketika pemergian neneknya.

“Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya meninggal pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab Aman kecil hati.

Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Bagaimanapun, Reena tampil menjelaskan dakwaan Aman menyekat nombor anaknya di WhatsApp. Ujar Reena, telefon bimbit suaminya rosak dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Abang tak block dia. Hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej.”

Aman Graseka Kecil Hati Dengan Anak, Isteri Muda Nafi Halang Anak Tiri Jumpa Bapa

Terdahulu, Mas Idayu dilihat menzahirkan rasa berang apabila mendapati namanya dikaitkan dengan perbalahan antara anaknya dengan Reena sehingga dirinya didakwa tidak pandai mendidik anak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...