Amalkan Tips Ini Untuk Penjimatan Tahap Melampau Di Watsons!

Hiburan

Amalkan Tips Ini Untuk Penjimatan Tahap Melampau Di Watsons!

Berita baik untuk peminat tegar Watsons. Tak lama lagi akan dilancarkan status keahlian baru untuk ahli Watsons. Kali ni lagi berbaloi-baloi.

Advertisement

Sebelum tu, kami kongsikan bagaimana 4 ‘trick’ hebat ini boleh dapatkan lebih penjimatan apabila berbelanja di Watsons.

1. Dapatkan Kad Watsons VIP Dahulu

Berbelanja di Watsons tapi tak daftar kad Watsons sangat rugi. Jadi, bila mula membeli di Watsons terus buat kad.

Oh ya, harga kad keahlian tak mahal pun. RM20 sahaja caj pendaftaran seumur hidup. Kalau daftar online RM10 hanya dapat “virtual card”. Tak ada yang fungsi Touch & Go tu. Nanti bila beli di kedai Watsons hanya beritahu no ahli.

2. Kumpul Mata Ganjaran

Biasalah, kalau dah daftar kad keahlian memang tujuan dia untuk kumpul mata ganjaran. 

Untuk kad Watsons VIP:

  • RM1 untuk 1 mata ganjaran
  • RM1 untuk 2 mata ganjaran bagi barangan Jenama Watsons.

Bila tiba bulan kelahiran, Watsons bagi RM1 untuk 5 mata ganjaran untuk pembelian pertama bulan tu. Bila ada banyak mata ganjaran, boleh guna untuk pembelian. 200 point untuk RM1. Nampak macam “Ala, sikit je dapat guna.” Tapi percayalah, bila dah selalu berbelanja, tak sedar mata ganjaran naik banyak.

3. Kumpul Mata Ganjaran Melalui Touch & Go

Kad Watsons ada Touch & Go. Bila kita beli menggunakan Kad Touch & Go Watsons, akan dapat 5 mata ganjaran untuk setiap RM1. Lagi masyuk. Jika sebelum ini anda jarang pakai kad Watsons untuk Touch & Go. Tapi sekarang, pastikan mesti ada baki dalam kad anda tu.

Dan setiap kali masuk parking, guna Kad Touch & Go Watsons ni. Begitu juga semasa di tol. Nampak tak pelbagai kegunaan bila guna Kad Touch & Go Watsons ni. Paling menarik, selain boleh menebus mata ganjaran di kedai Watsons, anda juga boleh menebusnya secara online.

4. Naiktaraf Ke Watsons Elite Selepas Belanja RM1000 Setahun

Ha, ini berita baik untuk peminat tegar Watsons. Terima kasih Watsons sebab dah lancarkan Watsons Elite. Bila keluar masuk Watsons banyak kali beli itu ini, mustahil belanja tak cecah RM1,000 setahun.

Watsons Elite baru sahaja dilancarkan. Jadi siapa yang dah belanja lebih RM1000 setahun, boleh periksa status masing-masing di laman web Watsons atau aplikasi Watsons di telefon bimbit. Status keahlian Watsons Elite bakal digunakan tak lama lagi. Alhamdulillah lagi banyak ganjaran. Berbaloi-baloi!

Ini Beza Antara Watsons VIP Dan Watsons Elite

  • RM1 untuk 1 mata ganjaran.
  • RM1 untuk 5 mata ganjaran bagi barangan Jenama Watsons.
  • Bila tiba bulan kelahiran kita, Watsons bagi RM1 untuk 10 mata ganjaran.
  • Dapat tawaran dan promosi.
  • Dapat free delivery kalau beli
  • Dapat pergi special events.
  • Dapat beli produk baru pre-sale.
  • Paling penting diberi keutamaan.

Jalin Kerjasama Perniagaan Dengan Jenama Popular

Dalam pada itu, Watsons turut menjalinkan kerjasama perniagaan dan menjadi rakan kongsi kepada beberapa jenama seperti La Juiceria, Fish Bowl, Cake Sense, Carlo Rino, Komugi, Dave’s Deli, Crocs Shoes, Aquaria KLCC, Poney, Yeast Café, MOG Eyewear, MPH, Borders, Sanook, Blunnis dan Cres Wellness. Kebanyakan dari jenama-jenama ini telah pun dikenali di Malaysia. Hebat!

Kalau anda tak buat kad lagi, cepat buat dan daftar sekarang. Boleh daftar secara online di www.watsons.com.my atau pergi ke kedai Watsons terdekat. Matlamat  tahun 2018 ini, kita boleh jimat banyak dan terus naiktaraf ke status Watsons Elite.

Untuk menjadi ahli Watsons Elite, kita perlu berbelanja RM1000. Tapi kalau bulan Mac ni kita telah belanjakan RM1,000 di Watsons, bulan depan dah boleh dapat Watsons Elite.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...