Written by AbangNara | March 30th, 2018

Berita baik untuk peminat tegar Watsons. Tak lama lagi akan dilancarkan status keahlian baru untuk ahli Watsons. Kali ni lagi berbaloi-baloi.

Sebelum tu, kami kongsikan bagaimana 4 ‘trick’ hebat ini boleh dapatkan lebih penjimatan apabila berbelanja di Watsons.

1. Dapatkan Kad Watsons VIP Dahulu

Berbelanja di Watsons tapi tak daftar kad Watsons sangat rugi. Jadi, bila mula membeli di Watsons terus buat kad.

Oh ya, harga kad keahlian tak mahal pun. RM20 sahaja caj pendaftaran seumur hidup. Kalau daftar online RM10 hanya dapat “virtual card”. Tak ada yang fungsi Touch & Go tu. Nanti bila beli di kedai Watsons hanya beritahu no ahli.

2. Kumpul Mata Ganjaran

Biasalah, kalau dah daftar kad keahlian memang tujuan dia untuk kumpul mata ganjaran. 

Untuk kad Watsons VIP:

  • RM1 untuk 1 mata ganjaran
  • RM1 untuk 2 mata ganjaran bagi barangan Jenama Watsons.

Bila tiba bulan kelahiran, Watsons bagi RM1 untuk 5 mata ganjaran untuk pembelian pertama bulan tu. Bila ada banyak mata ganjaran, boleh guna untuk pembelian. 200 point untuk RM1. Nampak macam “Ala, sikit je dapat guna.” Tapi percayalah, bila dah selalu berbelanja, tak sedar mata ganjaran naik banyak.

3. Kumpul Mata Ganjaran Melalui Touch & Go

Kad Watsons ada Touch & Go. Bila kita beli menggunakan Kad Touch & Go Watsons, akan dapat 5 mata ganjaran untuk setiap RM1. Lagi masyuk. Jika sebelum ini anda jarang pakai kad Watsons untuk Touch & Go. Tapi sekarang, pastikan mesti ada baki dalam kad anda tu.

Dan setiap kali masuk parking, guna Kad Touch & Go Watsons ni. Begitu juga semasa di tol. Nampak tak pelbagai kegunaan bila guna Kad Touch & Go Watsons ni. Paling menarik, selain boleh menebus mata ganjaran di kedai Watsons, anda juga boleh menebusnya secara online.

4. Naiktaraf Ke Watsons Elite Selepas Belanja RM1000 Setahun

Ha, ini berita baik untuk peminat tegar Watsons. Terima kasih Watsons sebab dah lancarkan Watsons Elite. Bila keluar masuk Watsons banyak kali beli itu ini, mustahil belanja tak cecah RM1,000 setahun.

Watsons Elite baru sahaja dilancarkan. Jadi siapa yang dah belanja lebih RM1000 setahun, boleh periksa status masing-masing di laman web Watsons atau aplikasi Watsons di telefon bimbit. Status keahlian Watsons Elite bakal digunakan tak lama lagi. Alhamdulillah lagi banyak ganjaran. Berbaloi-baloi!

Ini Beza Antara Watsons VIP Dan Watsons Elite

  • RM1 untuk 1 mata ganjaran.
  • RM1 untuk 5 mata ganjaran bagi barangan Jenama Watsons.
  • Bila tiba bulan kelahiran kita, Watsons bagi RM1 untuk 10 mata ganjaran.
  • Dapat tawaran dan promosi.
  • Dapat free delivery kalau beli
  • Dapat pergi special events.
  • Dapat beli produk baru pre-sale.
  • Paling penting diberi keutamaan.

Jalin Kerjasama Perniagaan Dengan Jenama Popular

Dalam pada itu, Watsons turut menjalinkan kerjasama perniagaan dan menjadi rakan kongsi kepada beberapa jenama seperti La Juiceria, Fish Bowl, Cake Sense, Carlo Rino, Komugi, Dave’s Deli, Crocs Shoes, Aquaria KLCC, Poney, Yeast Café, MOG Eyewear, MPH, Borders, Sanook, Blunnis dan Cres Wellness. Kebanyakan dari jenama-jenama ini telah pun dikenali di Malaysia. Hebat!

Kalau anda tak buat kad lagi, cepat buat dan daftar sekarang. Boleh daftar secara online di www.watsons.com.my atau pergi ke kedai Watsons terdekat. Matlamat  tahun 2018 ini, kita boleh jimat banyak dan terus naiktaraf ke status Watsons Elite.

Untuk menjadi ahli Watsons Elite, kita perlu berbelanja RM1000. Tapi kalau bulan Mac ni kita telah belanjakan RM1,000 di Watsons, bulan depan dah boleh dapat Watsons Elite.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Amalkan Tips Ini Untuk Penjimatan Tahap Melampau Di Watsons!

  1. Anonymous says:

    Watson memang murah. Pastu byk deal. Tapi kalau ubat2an baik Guardian sebab ada pharmacist.

    3

    0
  2. Yana says:

    kalau dah ada harga promtion untuk elite ni mesti promotion untuk vip pon kurang..
    dia nak customer beli barang sampai RM1000 dulu setahun

    2

    0
  3. kak mah says:

    sejak ada GST ni mana ada yg jimat..

    3

    0
  4. Kakak bawang says:

    “RM20 sahaja caj pendaftaran seumur hidup”. Boleh untuk percaya ke? Sebelum ini saya ada buat pendaftaran sebanyak RM20 untuk kad yang lama. Bila mereka keluarkan kad yang baru, kad yang lama tidak boleh digunakan lagi dan perlu tukar kepada kad yang baru. Untuk dapatkan kad yang baru saya perlu bayar RM 20 sekali lagi. Kad yang lama pun mereka kata caj pendaftaran seumur hidup, tapi tak sampai 3 tahun dah tukar kad baru. Cara baru untuk memperdayakan pengguna.

    6

    0
  5. Anonymous says:

    Point kat watsons ada 2k something, bila cek on9 tup2 ada 46. sape redeem aku punye point walhal resit pembayaran aku beli tu ada lg balance point. Sedih!!

    0

    0
  6. ciK piNgu says:

    ak skg lbh byk beli kat guardian, sb harga lbh murah.
    ade sesetengah brg di Guardian murha, ade sesetengah brg di watson murah. kedai deols salingx bjauhan so kalau rjain, usha2 dulu then grab mana yg lebih berbaloi.

    kdg2 di Guardian RM10, harga di Watson RM12 tap if ade kad dia bagi diskaun n dpt harga RM10.. pdhal harga keduanya dh sama je??

    kdg2 bila beli secara online, harga guardian jauh lbh murah…

    iols pengguna watson tegar tp sejak perhatikan harga Guardian lbh murah, maka beli di Guardian atau Online Guardian je.. Sori Watson…

    2

    0
  7. Azima says:

    DH BANYAK KALI TERKENA DGN WATSON..MENIPU CUSTOMER, HARGA PAPAR LAIN, BILA BYR HARGA LAIN..HATI2, CHECK RESIT SBLM TINGGALKAN KAUNTER..2X KENA ITEM YG SAMA, SEKALI 2X ITEM YG BERBEZA..

    3

    0
  8. Anonymous says:

    Jadilah pengguna yang bijak, sepatutnya sebelum korang beli tu usha dulu sama ada di guardian atau watson yang tengah buat sale. Merepek je nak jimat kena member card nanti bila ada masalah macam2 hal tak boleh setel

    0

    0
  9. Anonymous says:

    accumulate sampai seribu…aku mmg tak ler..hahaha

    0

    0

Leave a Comment

Optional