Amalkan Makan Brokoli Dan Yogurt Bantu Rawat Masalah Pedih Ulu Hati & Gastrik ?

Trending

Amalkan Makan Brokoli Dan Yogurt Bantu Rawat Masalah Pedih Ulu Hati & Gastrik ?

Gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat. Pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Advertisement

Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut.

BROCCOLI DAN YOGURT: BOLEH MERAWAT MASALAH GASTRIK

Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia.

Sudah pasti ramai pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H.pylori.

Pemakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori?

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah :

1) Broccoli

Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia.

Dalam sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi.

Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori. Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin.

Ia adalah salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori.

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat.

Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik.

2) Yogurt

Memetik kajian yang diterbitkan oleh ‘American Journal of Clinical Nutrition’, beberapa fakta telah ditemui bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda.

Nasihat untuk mereka yang mengalami masalah gastrik :

1. Berhenti merokok kerana akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

2. Kurangkan minum kopi.

3. Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut.

4. Kurangkan stress. Ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut.

5. Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol

Sumber : Cancer Prevention Research ,  American Journal of Clinical Nutrition &  The Diagnosa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...