Amah Dilayan Seperti Bukan Manusia Dan Hamba, Duta Indonesia Kecewa Dengan Malaysia

Berita

Amah Dilayan Seperti Bukan Manusia Dan Hamba, Duta Indonesia Kecewa Dengan Malaysia

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mendakwa rakyat negaranya yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah dilayan seperti hamba moden dan tidak berperikemanusiaan.

Ujar Hermono, rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah tidak dilayan sebegitu dasyat seperti di Malaysia berbanding di negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan, seperti laporan Free Malaysia Today.

Advertisement
Duta Besar IndonesiaSumber : Free Malaysia Today  

 

Dakwanya lagi, banyak kes melibatkan pembantu rumah Indonesia yang terpaksa bekerja selama bertahun-tahun tanpa gaji dan rehat malah didera secara fizikal dan seksual selain diambil dokumen peribadi secara paksa.

Hermono kemudiannya mengambil contoh terbaru kes pembantu rumah tertindas di mana seorang wanita Indonesia telah dinafikan haknya untuk menerima upah gaji kira-kira 10 tahun dengan alasan dia telah diberi makanan dan tempat tinggal percuma.

Itu adalah contoh perhambaan atau kerja paksa zaman moden.

Kami mempunyai pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tapi tidak punya maslaah sebegini serius di Malaysia. Jadi mengapa kita mempunyai masalah ini di sini?

Maklum Hermono, pihak kedutaan Indonesai telah membantu golongan teraniaya ini lebih kurang 206 kes dengan 40 kes daripadanya kini sedang dalam perbicaraan mahkamah.

Pembantu rumahSumber : Google  

 

Sekadar info, Malaysia dan Indonesia kini dalam perbincangan untuk melindungi rakyat negara serumpun itu yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Antara cadangan yang diutarakan adalah dengan memperkenalkan sistem gaji dalam talian yang membolehkan kerajaan Indonesia melihat dan meneliti sama ada pekerja mereka menerima gaji yang dijanjikan.

Scammer Online
2 years ago

"Beri Alasan Kena Tahan Di Kastam.." - Ramai Suri Rumah Kena 'Scam' Jual Baju Raya Murah Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...