Meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram Datuk Ramli MS sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, penyanyi Datin Alyah tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan suaminya itu seperti yang disangka ramai.
Menyifatkan apa yang berlaku adalah perkara paling buruk yang beliau hadapi sepanjang tahun ini, Alyah pada masa yang sama memohon maaf sekiranya beliau ada mengguris hati mana-mana pihak.
Terus-terang Alyah sudah penat untuk menjawab segala persoalan berkaitan rumah tangganya dan menegaskan beliau enggan memberikan sebarang komen mengenainya lagi.
Lumrah melayari bahtera rumah tangga, ada kalanya akan ada ketidaksefahaman antara suami dan isteri. Namun, janganlah biar ia berlarutan. Harapnya Alyah akan kekal sabar dan tabah.