Alyah Terkilan Bayaran Tidak Setimpal Dengan Karier

Hiburan

Alyah Terkilan Bayaran Tidak Setimpal Dengan Karier

Kehidupan seorang artis mungkin tampak mewah di mata masyarakat, bagaimanapun tiada siapa yang tahu dugaan ataupun apa sahaja yang mereka lalui untuk disebaliknya.

Terbaru, Alyah menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang seakan tidak menghargai bakatnya dan agak susah untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan pengalaman  serta pencapaian beliau dalam industri seni. Malah, beliau dibandingkan dengan artis luar.

Advertisement

Makin hari makin tak mengerti.Kenapa panggil saya klu bukan nama saya ALYAH.Bandingkan saya dgn artis luar memanglaa saya bukan sapa sapa pun.Nak bg peluang utk naikkan nama saya.Alhamdulillah terima kasih byk syukur pada Allah swt.

Tapi sekurang kurangnya offer laa saya dgn sesuatu yg berpatutan dan nyata.cuba lihat perjuangan saya,pencapaian saya,kesungguhan saya,komitmen saya.memanglaa tak sebesar mana tapi utk bertahan selama 15tahun bukan sesuatu yg mudah ya.Saya tak minta bulan dan bintang tapi berilah sesuatu yg saya sendiri rasa saya dihargai jg berbaloi dgn apa yg saya usahakan.Kenapa klu artis luar semua mampu diadakan.kenapa klu artis tanah air semua serba tak kena….sbb?Dalam fikiran kamu kami ini bukan sapa sapa.

alyahTerus terang bukan semua pihak yang menghargai artis Malaysia, pada mereka artis tempatan tidak mempunyai kualiti berbanding artis luar. Isu seperti bayaran tidak setimpal daripada dahulu sehingga sekarang masih tiada sebarang jalan penyelesaian.  Sabarlah Alyah.

Sumber Berita: Instagram Alyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...