Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ramli MS, ramai yang tanya bila agaknya penyanyi Alyah akan menimang cahaya mata.
Menurut Alyah, bukannya beliau tidak mahu membina sebuah keluarga cuma jadual mereka suami isteri yang agak padat membuatkan mereka tidak pernah terfikir akan hal berkenaan.
Walaubagaimanapun, Alyah mengakui sudah bersedia untuk mendapatkan cahaya mata tahun hadapan jika ada rezeki.
Kini kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, tahun depan baru kami fikir tentang orang ketiga. Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara ini tetapi kami percaya pada rezeki. Jika ada sekarang, alhamdulillah.
InshaAllah, kalau ada rezeki pasti Alyah dan Ramli MS akan dikurniakan dengan cahaya mata. Doakan yang terbaik buat pasangan ini.