Written by Bella | March 21st, 2017

Empat tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah akui beliau sememangnya teringin untuk mempunyai anak tetapi sudah ditakdirkan buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Alyah memberitahu, sebelum ini beliau tertekan apabila sering ditanya tentang soal zuriat, tetapi kini beliau redha dengan ketentuan Allah SWT. Walaubagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus berdoa agar satu hari nanti beliau dapat bergelar ibu.

Awal dahulu, memang saya akui agak tertekan sehingga sering bertanyakan diri sendiri, kenapa belum dikurniakan anak. Saya tidak mahu lagi situasi itu berlaku kerana ia seolah-olah saya mempersoalkan kerja Tuhan.

Saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan ternyata kami berdua sihat tetapi mungkin belum ada rezeki. Jadi, saya hanya mampu bersabar dan berdoa sahaja.

Pengalaman pahit di masa lalu mengajar Alyah unutk menjadi seorang wanita yang lebih sabar dan bersyukur dengan apa yang sudah ditentukan oleh Tuhan.

InshaAllah, berkat doa Alyah, siapa tahu satu hari nanti Allah SWT akan memakbulkan hasrat beliau untuk menimang cahaya mata sendiri. Tiada apa yang mustahil, asalkan jangan berputus asa dan berusaha.

Sumber Berita : Kosmo Online

12 responses to Alyah Redha Belum Diberikan Rezeki Untuk Timang Cahaya Mata

  1. hmm says:

    lawa jugak si alya nie..

    1

    0
  2. amoi says:

    xpe alyah…ada rezeki nnt insyaallah akan ade anak nnt…semoga allah kurniakan zuriat pada kita dalam tempoh terdekat ni (yg masih belum ada zuriat)…utk semua, semoga kita lebih dimurahkan rezeki nnt..ameen

    33

    0
  3. anon says:

    Hmm….kawen dgn lelaki tua mcm nilah. Tanyalah siti tu…. Anyway, alyah ni nak lawan si makcik rozita ke, mekap 5 inci..

    5

    4
  4. Anonymous says:

    x minat dia ni. suara so-so je.
    gedik ah….

    1

    4
  5. loyalmalaysian says:

    pegi la buat IVF

    2

    1
    • Anonymous says:

      aiyo…kan dia da kata dia dan tokram da buat pemeriksaan dua2 sihat
      maybe depa masih nak mencuba dulu la tu

      7

      1
  6. AKU says:

    ujian allah…byk2 la bersabar

    5

    0
  7. Anonymous says:

    makin putih gebu….rahsianya??

    0

    0
  8. intan says:

    org kampung kahwin umur 80 tahun pun mampu kasi org anak ni semua rezki masing2 doa kan yang baik2 je

    1

    0

Leave a Comment

Optional