January 12th, 2015

Ah pelik. Selepas Abang Nara mengeluarkan kenyataan yang Alyah mengakui suaminya, Datuk Ramli MS sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama  Siti Hafilah Che Kar, kali ini Alyah tampil menerusi akaun Instagramnya menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Hmmmmm. Takkanlah pandai-pandai media nak buat cerita kot? Alyah juga turut memuatnaik gambarnya bersama Datuk Ramli MS membayangkan yang dirinya kini bahagia di samping komposer terkenal itu.

alyah ramli ms

Alyah juga turut mengakui yang dirinya emosi ketika berkongsi gambar Datuk Ramli MS bersama seorang perempuan lain. Tulis Alyah:-

Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah.

Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan Tu.

Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar.Tapi jgnla memanipolasi kan cerita saya.sampai semuanya jadi tidak Benar.

alyah ramli msSementara itu Datuk Ramli MS enggan memberikan sebarang komen dan meminta sebarang persoalan diajukan kepada Alyah kerana isterinya itu yang memuatnaik gambar dirinya bersama perempuan lain. Kata Ramli MS mnerusi Harian Metro:-

Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf

alyah dan ramli ms

Pening kepala Abang Nara dibuatnya. Emosi seorang wanita memang tidak boleh dijangka. Namun agak pelik memikirkan daripada mana datang kenyataan Ramli MS sudah berkahwin lain jika bukan dari mulut Alyah? Itu satu perkara yang besar dan agar misteri jika berlaku kesilapan ketika informasi disampaikan. Entahlah. Yang penting kita doakan kebahagiaan Ramli MS dan Alyah. Semoga Alyah tabah menghadapi kehidupan berumah tangga.

alyah ramli ms

P.S: Suami anda pasti akan lebih sayang, jatuh cinta dan tak lekang mata memandang wajah anda apabila mengenakan tudung daripada www.bidadary.my ini. Rekaan yang amat menarik, kualiti tahap tinggi dan paling penting, harga yang amat berbaloi. Tak percaya? Dapatkan sekarang juga di www.bidadary.my untuk merasai sendiri kelebihannya.


Comments are closed.

Loading...