November 12th, 2019

Bukan mudah sebenarnya untuk melihat penyanyi Datin Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS dalam satu program yang sama. Jadi, apabila Alyah muncul sebagai penyanyi jemputan di konsert Gegar Vaganza minggu lalu, ramai peminat yang teruja dan kalau boleh mahu dia terus menemani suaminya itu sepanjang program tersebut berlangsung.

alyah biadab

Namun, ada seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan Alyah yang pulang lebih awal sebelum konsert berakhir dan menyifatkan penyanyi itu sebagai biadab kerana pulang ketika peserta GV 6 sedang membuat persembahan.

Tidak hanya berdiam diri, Alyah tampil membalas komen melampau itu dan menjelaskan dia mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan dan turut menegaskan kemunculannya dalam rancangan berkenaan hanya sekadar memenuhi undangan persembahan untuk segmen pembukaan.

alyah biadabdatin alyahSejujurnya tiada salah pun jika Alyah hendak pulang lebih awal kerana mempunyai alasan munasabah dan komitmen lain, apa yang penting tugasnya pada malam konsert GV itu sudah pun dilaksanakan. Janganlah terlalu terburu-buru menghukum orang lain.

Sumber Berita : mStar Online


18 responses to “Alyah Dituduh Biadab Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir”

  1. aku tak skema tapi taat says:

    artis ni manusia..sama je mcm kita ni….diorang kalau dh habis keje baliklah ada keje lain kat luar nak dibuat..ada anak nak sekolah..ada rumah nak kemas…ada mcm2 lagi la….tok ram tu dh memang kerja dia kat situ sampai habis sampai 2 pagi kalau ada sidang media dll..gv tu hiburan utk kita ni..tapi keje utk diorang..

  2. Anonymous says:

    kenapa manusia ni sebok sangat dengan hal orang.

  3. Anonymous says:

    Kn diey dh kta diey kna hntr ank saudara diey LG PM xkn nk tggu Smpai hbs dh LA program 2 hbs Smpai lwt MLM ngokgek btl LA netizen y komen tanpa usul periksa

  4. Anonymous says:

    Adooooooiiiii bodoh x berpenghujung… Org nak balik (slepas selesaikn tugas) pun dikata biadap? Hello, this is 2019, man! Buka minda tu sikit..

  5. Anonymous says:

    Lol apa masalahnya suka hati dia lah

Loading...