November 12th, 2019

Bukan mudah sebenarnya untuk melihat penyanyi Datin Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS dalam satu program yang sama. Jadi, apabila Alyah muncul sebagai penyanyi jemputan di konsert Gegar Vaganza minggu lalu, ramai peminat yang teruja dan kalau boleh mahu dia terus menemani suaminya itu sepanjang program tersebut berlangsung.

alyah biadab

Namun, ada seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tindakan Alyah yang pulang lebih awal sebelum konsert berakhir dan menyifatkan penyanyi itu sebagai biadab kerana pulang ketika peserta GV 6 sedang membuat persembahan.

Tidak hanya berdiam diri, Alyah tampil membalas komen melampau itu dan menjelaskan dia mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan dan turut menegaskan kemunculannya dalam rancangan berkenaan hanya sekadar memenuhi undangan persembahan untuk segmen pembukaan.

alyah biadabdatin alyahSejujurnya tiada salah pun jika Alyah hendak pulang lebih awal kerana mempunyai alasan munasabah dan komitmen lain, apa yang penting tugasnya pada malam konsert GV itu sudah pun dilaksanakan. Janganlah terlalu terburu-buru menghukum orang lain.

Sumber Berita : mStar Online


18 responses to “Alyah Dituduh Biadab Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir”

  1. naz says:

    alayah patut diam je,,, atau tutup ruangan komen,,, senang jgn layan soklan kanak2,, xkn nk pegi merut pn nk bagitau netizen,,,

  2. Girl nowdays says:

    Yang kritik ni mmg x toleh kiri, kanan…kan… Sronok je tunding jari sesuka hati tuduh orang tnpa bertanya. Awak yg kritik tu serumah dgn Alyah ke? Awak tahu ke dia ada bnda urgent ke, ada bnda nak urus ke, ada tanggungjwb lain ke? OMG…kalau xda bnda nak kritik, pergi la tido.

  3. kakikucinghitam says:

    aku suke je depa ni.. low profile takde gedik2

  4. anon says:

    alah, astro ni pon satu, buat la GV ari sabtu malam… ni buat ahad esok org keje bdak nak skola… ape laaa

  5. choii says:

    kau ke corse 848 yang komen tu? bitter sangat pasal cedok komen apahal?

Loading...