November 21st, 2018

Tiba-tiba sahaja meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram suaminya, Datuk Ramlis MS, tindakan penyanyi Datin Alyah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya yang dilihat seakan sedang bergolak.

Baru-baru ini, ada video menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse membuat ucapan hari jadi kepada Tok Ram sambil ‘menyembah’ pengarah muzik tersebut.

Kata Alyah, sambutan hari jadi seperti itu yang digemari suaminya. Kalau adakan bacaan Al-Quran pasti Tok Ram akan ‘panas’ dan cepat sahaja mahu keluar dari rumah.


Bagaimanapun, ada netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Alyah itu yang disifatkan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak. Tindakan itu sangat tidak wajar dan beradab. Tidak berdiam diri apabila dikritik, Alyah meminta orang luar tidak perlu hendak masuk campur urusan rumah tangganya.


Dalam pada itu, Alyah juga ada memuat naik luahan bahawa emosinya tidak stabil dan sudah penat untuk pura-pura bahagia dihadapan orang ramai.

Dugaan dalam perkahwinan itu memang ada dan datang dalam pelbagai cara. Namun, perkara seperti ini lebih baik diselesaikan secara peribadi antara suami dan isteri sahaja. Kami harap Alyah kekal tabah dan dapat berbincang dengan baik bersama Tok Ram.


117 responses to “Alyah Buka Aib Ramli MS, Dakwa Diri Pura-Pura Bahagia?”

  1. Didi says:

    Alyah dah keluarkan statement mohon maaf dah. Marilah kita rapatkan saf ke next topic. lol.

  2. Anonymous says:

    skrg pernikahan sudah di ketahui umum, pernikahan sudah di daftar di Malaysia, tpi kenapa msih ada MISTERI.

  3. Jahat mulut says:

    Jgn main2 dgn depression. Kang cth tetiba Alyah tu bunuh diri beria2 korg kutuk tok Ram berjemaah pulak. Cth manusia2 hipokrit!

  4. Tim says:

    Rasanya tok ram ni laki bermasalah..mybe die jnis kaki club,pmpuan so on..tu Alyah prli dgr quran je pns..die gak prli gak tokrm ni umur 60 bkn 16.. bole nmpk yg die prli suami die bajet muda..mybe die dh lme brsbr mmndam rasa..suami jnis cmni bile nasiht xnk dgr..istri merana..tnggunjwb diabaikn..tu die mmgamuk kat ig..walau tindakan die salah, at the same time simpati dgn die..spe prnh mrsa msti fhm prasan tu..rse gibab fedup..pape pon doa baik2.. husnuzon jgn mencerca mereka sbb kite x dok kat tempat mereka..semoga semuanya dipermudahkn.

    • awwa awwa says:

      rumusannya 1 je, kita tak rasa, kita bole nasihat. kita bole kondem dan menilai mereka macam2 dengan andaian kita sendiri. yg merasanya, tuan badan sendiri.
      Kalo aku pon, taktahu ape aku buat, jantung i takuwattt awwaaaaa….

    • joe says:

      betul, asyik lepak lounge pub, lebih2 malas nk ckp, org yg tak pernah lepak tempat2 mcm tu, dia tidak tahu…sepatut kau teman isteri di rumah ramli, berhentilah minum, umur pun dah senja, sembahyang bersama isteri…

  5. Ribut Dalam Cawan says:

    Nmpk alyah jiwa tertekan..Kita yg sesekali tgk cara tokram yg sarcastic pun dh rase boring apalg yg duk sekatil, bila angin kus kus dtg sesekali alyah terkucil jgk, secara tak langsung kdg teraib perangai suami…hrpy tokram berubah perangai…n alyah jgk moga bersemawa, warohmah dlm hubungan rumahtangga…ambik jln pendekatan check n balance….

Loading...