November 21st, 2018

Tiba-tiba sahaja meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram suaminya, Datuk Ramlis MS, tindakan penyanyi Datin Alyah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya yang dilihat seakan sedang bergolak.

Baru-baru ini, ada video menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse membuat ucapan hari jadi kepada Tok Ram sambil ‘menyembah’ pengarah muzik tersebut.

Kata Alyah, sambutan hari jadi seperti itu yang digemari suaminya. Kalau adakan bacaan Al-Quran pasti Tok Ram akan ‘panas’ dan cepat sahaja mahu keluar dari rumah.


Bagaimanapun, ada netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Alyah itu yang disifatkan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak. Tindakan itu sangat tidak wajar dan beradab. Tidak berdiam diri apabila dikritik, Alyah meminta orang luar tidak perlu hendak masuk campur urusan rumah tangganya.


Dalam pada itu, Alyah juga ada memuat naik luahan bahawa emosinya tidak stabil dan sudah penat untuk pura-pura bahagia dihadapan orang ramai.

Dugaan dalam perkahwinan itu memang ada dan datang dalam pelbagai cara. Namun, perkara seperti ini lebih baik diselesaikan secara peribadi antara suami dan isteri sahaja. Kami harap Alyah kekal tabah dan dapat berbincang dengan baik bersama Tok Ram.


117 responses to “Alyah Buka Aib Ramli MS, Dakwa Diri Pura-Pura Bahagia?”

  1. tok ramlah ram says:

    biadapnya jawapan…mmg patut kena sembur. awak tu selebriti. tak reti2 lgi ke?

  2. Chinta says:

    entah la ak rse mmg alyah ni x bahagia pun ngn tokram..

    sape je mampu kawal emosi dlm rumahtangga kalau laki bini x mcm org lain.. kawin tp buat hal msg2. kalau peratikan mmg tokram ni mcm konon x nak ambik tahu hal bini buat ape la ape la.. mmg nmpk mcm x sayang alyah pun. bukanlah nk sweet2 mcm retis lain (tp end up cerai berai gak) just mcm menonjol sgt dia bawak diri langsung x pedulikan alyah.

    • Anonymous says:

      org yg sudah lama hidup keseorangan, maka dia akan rindu saat itu. Mahu hidup sendiri lebih baik. Ada bini hanya syarat je jika perlukan sesuatu. Atau ada juga manusia tidak mahu ada anak, hanya mahu hidup sorang atau berdua je. Lelaki kalau x mau anak, akan mcm2 alasan, pakai kondom, pancut luar.
      MMg ada manusia mcm ni, maka si bini pun sengsaralah. Nk tinggalkn, lubuk duit pulak.
      jdi kenapa perlu hidup berpura2, pura2 bahagia. Maka lepaskan bini atau tinggalkan je somi mcm ini. Bukankah kita ada undang2.

  3. Anonymous says:

    bergaduh laki bini biasa, tpi jika mengaibkan mmg luar biasa.

  4. Anonymous says:

    tak sukalah org mcm ni, ada masalah ckp kt org ramai, x ada masalah duduk happy gembira dgn kuarganya je.
    tulh pasal, nikah senyap2, kn jdi masalah.

  5. simpati says:

    simpati pada alyah, dia tak de tempat nak meluah tu, tengok tok ram pun dah tau jenis yang sangat misteri, lagi2 duk serumah. kalau dapat laki gila2 mcm peserta raja lawak mesti bedekah dekah hari-hari. anyway, hanya alyah, tok ram dan Allah je tahu apa yang terjadi.

Loading...