November 21st, 2018

Tiba-tiba sahaja meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram suaminya, Datuk Ramlis MS, tindakan penyanyi Datin Alyah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya yang dilihat seakan sedang bergolak.

Baru-baru ini, ada video menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse membuat ucapan hari jadi kepada Tok Ram sambil ‘menyembah’ pengarah muzik tersebut.

Kata Alyah, sambutan hari jadi seperti itu yang digemari suaminya. Kalau adakan bacaan Al-Quran pasti Tok Ram akan ‘panas’ dan cepat sahaja mahu keluar dari rumah.


Bagaimanapun, ada netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Alyah itu yang disifatkan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak. Tindakan itu sangat tidak wajar dan beradab. Tidak berdiam diri apabila dikritik, Alyah meminta orang luar tidak perlu hendak masuk campur urusan rumah tangganya.


Dalam pada itu, Alyah juga ada memuat naik luahan bahawa emosinya tidak stabil dan sudah penat untuk pura-pura bahagia dihadapan orang ramai.

Dugaan dalam perkahwinan itu memang ada dan datang dalam pelbagai cara. Namun, perkara seperti ini lebih baik diselesaikan secara peribadi antara suami dan isteri sahaja. Kami harap Alyah kekal tabah dan dapat berbincang dengan baik bersama Tok Ram.


117 responses to “Alyah Buka Aib Ramli MS, Dakwa Diri Pura-Pura Bahagia?”

  1. kesian says:

    pelik lah yg pompuan2 nie, kaum ko sendiri kot… cuba bg semangat. Mmg lah mengaibkan suami x elok , tp gaya percakapan korang tu mcm bagus sgt. Tok Ram yg korang pertahankan tu bukan pun elok sgt , ada bengkok nyer. Kerena bengkok tu lah yg jadikan aliyah lagi bengkok. Masalahnya sekarang 2 2 dah bengkok , cuba lah bg semangat , bukan kondem.

    Untuk aliyah , di harap dapat kuatkan kesabaran, Insya Allah ada jalan penyelesaian. Saya doakan yang terbaik untuk kita2 semua.

  2. vivivroom says:

    Alyah,
    Bila seorang lelaki tidak suka dilihat di public dgn isteri and tak suka letak pic di media sosial dgn isteri, sepatutnya Alyah sedar something is no right somewhere. Kebanyakkan lelaki akan berbangga dgn isterinya apatah lagi yg muda dan cantik macam Alyah.
    Sikap yg Tok Ram tunjukkan seolah2 dia tak betul2 sayangkan Alyah dan seolah kehadiran Alyah tidak penting baginya jauh untuk menghargai. Ia juga seolah2 Alyah bertepuk sebelah tangan . Disebabkan rasa cinta maybe , Alyah been trying so hard to win his heart but still dia mcm tu. Nasihat saya, hubungan percintaan atau suami isteri kene natural , maksud saya, both kene ada effort baru things going to work. Kalau hanya sebelah pihak, inilah jadinya, boleh jadi stress, depress, eventually mental breakdown. Saya nak tanya, Alyah, are these all worth your effort, dear Alyah? Is it worth it kalau relationship tu hanya mendatangkan sakit jiwa, duka nestapa pada pada Alyah. Cinta tak boleh dipaksa, and cinta adalah pengorbanan, tanpa pengorbanan seorang suami bukan cinta namanya. Think about it, Alyah.

  3. Aida Musa says:

    He doesn’t love u alyah!
    Dia nikah kau di batam, tak mahu bergambar bersama, tak mahu luangkan masa bersama isteri & family, etc. U think u marry that man and hoping for him to change his lifestyles? Boleh, tapi kau kena bersabar makan hati sampai tokram tu mungkin dah sakit, tak boleh bangun baru dia duduk rumah dengan kau. Why must u waste your life like that? Im not saying he is bad, but he is not crazy over u. U cannot force love, u cannot force his attention to u. Kau nak meroyan bagai sebab frust dengan perangai dia atau untuk dapatkan perhatian dia? Both will make u look bad. Lebih teruk, u are cheating yourself, u are not happy with him. Talk to him, if u both still cannot find agreement, trust me, u better off alone.

  4. joe says:

    tok ram, sudah2 la lepak lounge pub, takebeer, teman alyah kat umah, buat anak, ni anak pun xde, alyah sunyi tu…lagi satu, sembahyang tok ram..salam

  5. kak melah says:

    wei x payah nk jadi taliban lh wei.. sume benda pempuan salah, kene kecam, kene depression, asal meluahkan perasaan jer ckp mengaibkan suami. Yg jantan korg tak nak condem gune name agama menyakitkan fizikal dan emosi isteri.. ade ke islam ajar camtu. By the way this old man memang gatal so tak hairanlh agaknye alyah tak tahan. By the way yg nabil dgn jihan tu tu buang tebiat ke ape menyembah2 tok ram tu? lupe tuhan ke?

Loading...