Tiba-tiba sahaja meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram suaminya, Datuk Ramlis MS, tindakan penyanyi Datin Alyah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya yang dilihat seakan sedang bergolak.
Baru-baru ini, ada video menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse membuat ucapan hari jadi kepada Tok Ram sambil ‘menyembah’ pengarah muzik tersebut.
Kata Alyah, sambutan hari jadi seperti itu yang digemari suaminya. Kalau adakan bacaan Al-Quran pasti Tok Ram akan ‘panas’ dan cepat sahaja mahu keluar dari rumah.
Bagaimanapun, ada netizen yang tidak setuju dengan kenyataan Alyah itu yang disifatkan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak. Tindakan itu sangat tidak wajar dan beradab. Tidak berdiam diri apabila dikritik, Alyah meminta orang luar tidak perlu hendak masuk campur urusan rumah tangganya.
Dalam pada itu, Alyah juga ada memuat naik luahan bahawa emosinya tidak stabil dan sudah penat untuk pura-pura bahagia dihadapan orang ramai.
Dugaan dalam perkahwinan itu memang ada dan datang dalam pelbagai cara. Namun, perkara seperti ini lebih baik diselesaikan secara peribadi antara suami dan isteri sahaja. Kami harap Alyah kekal tabah dan dapat berbincang dengan baik bersama Tok Ram.