July 19th, 2012

Sudah lama rasanya Abang Nara mendengar khabar angin kisah Alyah dan Datuk Ramli MS ini. Namun setiap kali ditanya, kedua-duanya akan menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Mungkin masih tidak bersedia berkongsi dengan para peminat mereka. Namun hari ini menerusi Media Hiburan, Alyah mengakui yang dia sedang mengenali hati budi Datuk Ramli MS.

alyah ramli ms

Kata Alyah:-

Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat.

Abang Nara doakan agar proses mengenali hati budi ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin. Makin cepat kahwin makin bagus. Kita pun bukannya makin muda. Usia sentiasa bertambah. Kepada peminat Alyah dan Ramli MS, doakanlah agar kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua.
baju bn

P.S: Dapatkan T-Shirt BeautifulNara hanya dengan harga RM25 sahaja. Murah gila kan? Hantarkan email ke [email protected] untuk tempahan sekarang jugak.


51 responses to “Alyah Akui Sedang Kenali Hati Budi Datuk Ramli MS”

  1. bunga_larangan says:

    samada ada orang tanya atau tak,kan lebih manis kalau pihak ppuan diamkan diri..lain la kalau pihak lelaki dah kuarkan statement dulu..Minah jambu kenape tsentap sangat ni..tapi saya percaya,minah jambu bukan jenis macam Alyah kan???betul tak????

Loading...