July 29th, 2020

Akui sedih apabila wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab melabel dirinya sebagai perempuan murahan, pelakon baharu Alya Iman menegaskan demi kelansungan hidup dirinya sanggup bekerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat bukan semata-mata berlakon.

alya iman sedih digelar perempuan murahan

“Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat. Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya.

Jelas Alya, beliau perlu meminta kebenaran dahulu untuk bercuti andai perlu menggalas tanggungjawab sebagai pelakon dan model untuk sesebuah tawaran. Malah, tampil menepis dakwaan dirinya tidak mempunyai kehidupan normal.

alya iman sedih digelar perempuan murahan

“Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal.

Ujar Alya lagi, dirinya bagai percaya apa yang berlaku kini pasti ada hikmah disebaliknya. Bagaimanapun tetap khuatir sekiranya kontroversi yang menimpa dirinya ini mampu menjejaskan rezekinya dalam industry hiburan tanah air.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini.”

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

alya iman sedih digelar perempuan murahan

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Susulan kes kejadian, laman sosial Alya sehingga kini bagai tidak lekang menerima caci maki daripada netizen meskipun dirinya telah tampil memohon maaf secara terbuka tempoh hari berikutan masalah tersebut.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...