Dilabel sebagai perosak rumah tangga seorang usahawan hingga menjadi kecaman netizen, Alya Iman sekali lagi muncul dengan dakwaan model dan pelakon baharu itu mengikis wang berjumlah RM2.3 juta daripada bekas teman lelaki.
Meskipun begitu, lelaki yang mendakwa dirinya pernah menjalinkan hubungan dengan wanita itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan berikutan Alya dikhabarkan sebagai ‘pisau cukur’.
Bagaimanapun, anak bongsu Allahyarham Azmil Mustapha itu menafikan sekeras-kerasanya dirinya menerima wang jutaan ringgit daripada mana-mana pihak.
“Saya sedar melakukan kesilapan dan mahu memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun, saya tak pernah menerima wang berjumlah RM2.3 juta seperti didakwa. Saya tak mengenali lelaki yang mendakwa bekas teman lelaki.”
Katanya, beliau amat risau dengan isu yang berlaku mampu menjejaskan kehidupan harian. Hal ini kerana, beliau dikhabarkan baru sahaja bekerja di bahagian komunikasi korporat syarikat swasta selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terdahulu, nama Alya mendapat perhatian umum apabila seorang wanita yang juga isteri kepada usahawan dikaitkan dengan dirinya membongkar hubungan sulit suaminya menerusi laman sosial, Instagram (IG) Story, Jumaat lalu sehingga tular di pelusuk media sosial.
Menggelarkan Alya sebagai ‘home wrecker’ atau perosak rumah tangga dalam sekeping gambar Alya yang dimuat naik dalam IG Story, wanita itu mendakwa suaminya sudah setahun menjalin hubungan dengan anak pelakon Ali Setan itu.
Sehingga kini, laman Instagram Alya masih tidak lekang dihentam netizen dek kisah hubungan sulitnya dengan suami orang dan mengikis harta bekas teman lelaki.
Sumber: BH online

Jlo
July 29, 2020 at 9:00 am
Lhdn pun dah boleh start siasat kot dr mana sumber 2.3juta tu lelaki tu dapat….byk tu bukan sikit2….dari perniagaan haram ke apa…dah alang2 jantan tu up story pasal 2.3juta ni…terosla siasatkan…nak jugak tau kebenaran…dan nak jugak tau jutawan mana tu senang2 bagi 2.3juta
Anonymous
July 29, 2020 at 1:32 am
Saman dia biar dia tunjuk bukti mn duittu pergi, lhdn pun nak tahu
Daddy Issue Budak Ni
July 28, 2020 at 10:52 pm
Oh, Daddy!