Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Alvin Chong, Michael Ang Berang Ustaz Abu Syafiq Nak Hapuskan Tulisan Cina

alving chong berang ustaz abu syafiq hapuskan tulisan cina

Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq seringkali didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sensitif sehingga menimbulkan kontroversi. Terbaru, dia dalam satu video yang tular di media sosial menggesa agar tulisan Cina dihapuskan di Malaysia.

alving chong berang ustaz abu syafiq hapuskan tulisan cina

Advertisement

Kenyataannya itu membangkitkan kemarahan ramai termasuklah pelakon Alvin Chong dan pengarah Michael Ang yang turut memberikan komen mengenai isu tersebut.

Hapuskan tulisan Cina?

Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut.

Katanya, tindakan itu wajar kerana kita di Malaysia mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Advertisement

“You tak layak jadi ustaz” – Alvin Chong

alving chong berang ustaz abu syafiq hapuskan tulisan cina

Alvin berkata, tindakan itu hanya akan mencetuskan perselisihan faham dan mengganggu perpaduan antara kaum.

Selain itu, cara Ustaz Abu Syafiq menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar dan agak melampau. Dia turut berpendapat pendakwah itu tidak layak bergelar seorang ‘ustaz’.

“Malu bila tahu di Muslim. Lebih rela berjiran dengan Rohingya” – Michael Ang

alving chong berang ustaz abu syafiq hapuskan tulisan cina

Menurut Michael pula, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan nama baik agama Islam.

Michael menyatakan dia lebih rela hidup berjiran dengan rakyat Rohingya berbanding hidup dengan seseorang yang ‘racist’.

Advertisement

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sumber asal video tersebut diperolehi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    May 15, 2020 at 7:10 am

    Shame on you Abu Syafiq..nak cari publisiti or nak viralkan diri tak perlu sampai nak memecah belahkan rakyat Malaysia..

  2. Sarawakian

    May 2, 2020 at 2:03 am

    Pakcik ni gila. Polis patut ambil tindakkan.should be PM know this kind of people yg boleh pecahan belahkan keharmonian rakyat. Ingat di saja ka empunya Malaysia. …dont call youself God follower if you acted like Lucifer

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top