Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq seringkali didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sensitif sehingga menimbulkan kontroversi. Terbaru, dia dalam satu video yang tular di media sosial menggesa agar tulisan Cina dihapuskan di Malaysia.
Kenyataannya itu membangkitkan kemarahan ramai termasuklah pelakon Alvin Chong dan pengarah Michael Ang yang turut memberikan komen mengenai isu tersebut.
Hapuskan tulisan Cina?
Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut.
Katanya, tindakan itu wajar kerana kita di Malaysia mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“You tak layak jadi ustaz” – Alvin Chong
Alvin berkata, tindakan itu hanya akan mencetuskan perselisihan faham dan mengganggu perpaduan antara kaum.
Selain itu, cara Ustaz Abu Syafiq menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar dan agak melampau. Dia turut berpendapat pendakwah itu tidak layak bergelar seorang ‘ustaz’.
“Malu bila tahu di Muslim. Lebih rela berjiran dengan Rohingya” – Michael Ang
Menurut Michael pula, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan nama baik agama Islam.
Michael menyatakan dia lebih rela hidup berjiran dengan rakyat Rohingya berbanding hidup dengan seseorang yang ‘racist’.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sumber asal video tersebut diperolehi.