Alvin Chong Cuba Menyelami Budaya Dan Adat Melayu

Hiburan

Alvin Chong Cuba Menyelami Budaya Dan Adat Melayu

Nama pelakon dan penyanyi Alvin Chong sudah cukup dekat dengan masyarakat Melayu. Bukan sahaja selesa berkawan dengan orang Melayu, malah Alvin juga memilih untuk berada di dalam pasaran Melayu untuk mengembangkan kerjaya lakonan dan nyanyiannya.

Alvin Chong
3 bulan lalu

Tayang Foto Tidak Berbaju Di IG, Alvin Chong Digelar 'Daddy' Oleh Peminat

Advertisement

Alvin, 30, pernah digosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis Melayu, namun dia tidak pernah terfikir untuk memilih bangsa calon jodohnya. Alvin juga akui dia belum berfikir sejauh itu.

Bercakap soal kahwin, belum pernah terdetik dalam hati saya mahu berkahwin dengan gadis Cina, India, Melayu, Iban atau sebagainya. Jika saya rasa ada keserasian dengan gadis India sekalipun, saya tidak kisah, jalan sahaja.

Pelakon Takdir Yang Tertulis itu berkata dia tidak fikir banyak soal jodoh. Alvin sedar ada peminat yang tertanya-tanya memandangkan dia mempunyai ramai rakan artis dalam kalangan orang Melayu dan dia juga dilihat cuba menyelami budaya dan adat Melayu.

Alvin Chong

Saya bersahur, berpuasa, meraikan Aidilfitri dan sebagainya. Saya pun bercakap bahasa Melayu lebih banyak daripada bercakap bahasa Kantonis atau Mandarin.

Advertisement

Penyanyi lagu Sayang Salmah itu menyatakan bahawa apa sahaja yang dilakukannya itu adalah atas dasar menghormati rakan artis yang kebanyakannya orang Melayu. Alvin juga berkata dia tidak akan melakukan perkara yang tidak sensitif dengan umat Islam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...