Altimet – Artis BeautifulNara Untuk Bulan Januari 2011

Hiburan

Altimet – Artis BeautifulNara Untuk Bulan Januari 2011

atimet

Jangan pejam celik pejam celikkan mata anda. Memang betul tajuk yang anda baca kat atas tue. Kini kami di BeautifulNara akan cuba membawakan anda special interview bersama seorang artis untuk setiap bulan. Dan bulan Januari 2011 ini, mangsanya tak lain tak bukan ialah Altimet. Ikuti soalan interview kami yang memang lain daripada yang lain bersama Altimet. By the way, follow Altimet di Twitter dan Facebooknya sebelum korang baca interview ini.

Advertisement

atimet

BeautifulNara: Tahniah dan terima kasih kerana sudi menjadi Artis Bulan ini untuk BeautifulNara.com. Kita buat interview style sempoi-sempoi sahaja sudah. Boleh ke tak boleh?

Altimet: Boleh!

BeautifulNara: Kalau tak boleh pun takpe, sebab aku nak tanya juga. Apa bendanya Altimet nie? Boleh terangkan asal usul sejarah kewujudan Altimet? Asal tak letak nama Captain Tsubasa ke? Kenapa Altimet?

Altimet: Haha, Altimet datang dari Ultimate, tapi aku mem-bahasa melayu-kan ejaannya. Ultimate ni maknanya yang terakhir, terbaik. So, saya nak jadi yang terbaik dlm apa saya buat. so, Altimet lah.

BeautifulNara: Nama bro semenjak dua nie memang tip top. Dengan hit lagu Kalau Berpacaran di mana bro dengan jayanya menjadi syaiton di dalam itu, apa rahsia kejayaan dengan mendadak nie? Ada perubahan tak bila dah start femes ?

Altimet: Mana ada rahsia? aku dah bgtau dah kat semua orang, aku cuma buat yang terbaik bila tulis lagu dan kerja keras sebaik mungkin. Kalau perubahan tu, sekarang ni lebih ramai orang kenal saya. minggu lepas saya bayar tol, juru tol tu panggil saya syaitan, hahaha!

BeautifulNara: Bercerita tentang kefemesan, nak tanya sebenarnya senang ke susah jadi selebriti nie? Cuba bro bagi nasihat sikit kat mamat-mamat dan minah-minah di luar sana yang poyo nak jadi artis tue? Kata orang lama mesti banyak nasihat.

Altimet: Bila jadi selebriti, orang selalu memerhatikan kita, jadi kita kenaberhati2. tapi kalau difikirkan balik semua orang diperhatikan oleh Allah, ye tak? bila jadi selebriti ramai orang terutama yang lebih muda akan dengar/ikut apa kita kata/buat, so kena berwaspada. Saya rasa selebriti ni tak patut jadi objektif utama sesiapa. untuk penyanyi, pelakon dan sewaktu dengannya, selebriti atau kefemesan boleh menolong diorang cari rezeki. tapi kalau nak jadi femes semata-mata untuk jadi femes, boleh buruk akibatnya.

BeautifulNara: Cuba huraikan pengalaman pahit dan pengalaman manis sepanjang menjadi artis nie? Pernah terkentut tak masa buat show? Atau pernah lupa lirik tak masa tengah syok nyanyi tue?

Altimet: Pengalaman pahit, bila ada stesen radio tak nak main lagu saya. tapi tu pengalaman yang bagus, sebab lepas tu saya tulis lagi banyak lagu! pengalaman manis bila lagu saya no 1 di carta, dan bila dengar orang lain nyanyi lagu tu. one of the best feelings in the world. Haha, mana pernah! tapi lupa lirik pernah, terus buat lirik secara spontan, jadi orang yg ada kat show tu tak perasan. coverline baik punya!

BeautifulNara: Seperti yang diketahu ramai, bro nie penyanyi rap. Kenapa pilih rap? Adakah kerana vocal bro tak dapat cecah tinggi macam ala-ala Ziana Zain? Atau bro memang dari kecik asyik dengar lagu rap jer? Cer cite cer cite (gaya Hantu Kak Limah Balik Ke Kampung)

Altimet: Saya pilih rap sebabsaya rasa lagu rapi ni boleh citer pasal apa2 je. Satu genre yang versatile. so saya dpt ceritkan cerita saya, dan juga cerita-cerita yg saya nampak.

BeautifulNara: Tahun 2011 baru bermula kan, so siapakah pada pandangan bro artis yang akan menggegar dunia (ala Stacy sikit) untuk tahun 2011 nie. Jangan la letak nama sendiri sebab tue memang tak adil la kan?

Altimet: Saya rasa Ila Damiaa dan Richard Jansen.

BeautifulNara: Apa pendapat pasal peminat dunia hiburan sekarang? Apa beza orang sekarang (generasi muda remaja) dengan generasi zaman masa awal-awal dulu bro buat hip hop?

Altimet: Peminat sekarang punyai citarasa yang lebih terbuka. dulu kalau minat satu genre mcm rap, dia minat artis rap je. kalau suka artis solo wanita, dia suka tang tu je. tapi sekarang dah terbuka, jadi mcm2 jenis genre dan artis mereka boleh minat. ni menunjukkan peminat muzik tanahair dah lebih matang.

BeautifulNara: Mak bapak tak marah ke jadi artis? Dulu kan selalu orang tua tak suka sangat kalau anak nak jadi penyanyi,. So masa awal-awal dulu banyak tentangan atau memang direstui sepenuhnya?

Altimet: Marah. tapi sekarang ok. mak bapak ni nak anak2 dia happy & cukup makan segala. so kalau kehendak tu tercapai, diorang ok.

BeautifulNara: Antara Lisa Surihani, Scha Al Yahya, Tiz Zaqyah dan Fazura, mana satu pilihan bro?

Altimet: Kena pilih ke? ok Lisa Surihani.

BeautifulNara: Tahun 2011 nie apa perancangan bro? Dengar cerita nak kawin dua? Betul ke tidak?

Altimet: Tahun ni perancangan aku nak release 2 album. pastu Insya Allah nak beli rumah.

BeautifulNara: Bro baca ke tak BeautifulNara.com? Kalau baca tolong bagi sikit pesanan kat pembaca BeautifulNara. Kalau boleh buat gaya-gaya rap pun ok gak nasihat tue.

Altimet: Baca! Nasihat aku ni sebab ramai orang suka beri komen kat Beautifulnara. semua orang berhak bagi pendapat masing2, kalau tak setuju ke, berpada2 lah. kesederhanaan dalam hidup ni sebenarnya best. Cuba try.

P.S: Interview dibuat secara alam maya sahaja tanpa perjumpaan 4 bijik mata. Nantikan kemunculan artis BeautifulNara untuk bulan Februari sebulan dari tarikh ini. Akhir kata, Altimet memang best sebab kami dah pernah lepak dengan dia dan memang sangat sempoi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...