“Along Tak Paksa Kau Chik, Tapi Tolong Ya, Jaga Anak Along.”

Trending

“Along Tak Paksa Kau Chik, Tapi Tolong Ya, Jaga Anak Along.”

Assalammuailaikum admin dan pembaca.

Hari ni Din nak sembang luahkan perasaan. Bergenang air mata Din hari ni. Terkenang kisah adik nombor tiga.
AchikAN

Advertisement

Dia pernah bertunang. Tunang dia cantik, kerja bagus, berasal dari Negeri Sembilan.

Dalam masa kejar untuk mengumpul duit hantaran, Achik diuji dengan sikap sebenar keluarga tunang.


Keluarga tunang dia selalu tegur Achik, sebab tak bagi duit belanja pada tunang. Katanya dah bertunang haruslah sara duit, untuk makeup dan sebagainya.

Achik kadang-kadang turut, kadang-kadang tak. Tengok pada baki duit simpanan. Kalau gaduh mesti bapak si tunang Achik maki hamun Achik sebab buat anak dia menangis, wahal belum jadi suami.

Achik tetap sabar. Sehingga berita saya dapat kanser tulang, mereka (keluarga tunang Achik) datang putuskan hubungan pertunangan.

Mak terkedu bila depan kami semua dia cakap kami penipu dan mereka tak nak ada keturunan kanser masuk keluarga dia.

Saya tanya Achik, adakah dia sedih sebab saya dia putus tunang? Tapi Achik jawab, dah lama dia tawar hati dan nak putus tunang sebab tak tahan dengan sikap tunang dan keluarga tunang. Tuhan permudahkan niat mereka sendiri yang minta di putuskan.

Aku tahu hati adik aku sunyi dan sedih. Aku dengar Mak tanya, “Chik, cincin ni kita jual sajalah. Mak sakit mata tengok cincin ni.”

Tetapi Achik jawab,

Simpan saja mak, nanti kita cari mana yang layak.

Lagipun Achik dah buat keputusan nak jaga anak Along bila Along tak ada.

Air mata aku tak tertahan masa tu. Isteri aku peluk aku tanpa suara.

Malam itu aku cakap pada Achik.

Sampai masa nanti, bagi cincin itu pada Kak Long ( isteri aku). Sekurang-kurangnya dia boleh jaga Achik macam mana dia jaga abang. Jaga mak.

Achik pun boleh terima anak along. Nenek, Atuk anak Along pun tak berubah.

Berat rasa aku nak habiskan ayat tu. Amat berat seakan batu menghempap dada aku.

Achik jawab:

Kalau tak nak cincin tu ada di jari Kak Long, usaha untuk sihat. Tinggalkan hal duniawi. Duit yang Achik dah kumpul itu, Achik fikir, baik Along guna pergi Singapura untuk rawatan.

Jangan sesekali bagitahu apa jadi kat Along di sana nanti. Kami hanya nak tahu Along balik dengan sihat.

Masa itu Achik peluk aku kuat sangat. Aku dapat rasa dia bergegar seakan tahan perasaan menangis.

Isteri aku terdengar perbualan kami. Dia kata, apa sahaja permintaan aku dia ikut, cuma tolong pertahankan dia sebagai isteri dengan terus sihat. Dia janji tak akan telefon, SMS walau sekali dan sanggup tunggu aku balik.

Mak pula, siap bagitahu:

Kami bahagia di sini. Kalau nak mak masak sedap, nak dengar mak membebel, nak tengok mak sakat anak-anak, baliklah dengan sihat.

Abah pula:

Din, kau tak nak tengok anak kau main badminton, ke Din?

Abah dulu suka tengok kau main badminton. Tapi mak kau masak sedap. Mengah abah main badminton dengan kau, Long.

Balik dengan sihat, tahu? Abah dah keluarkan siimpanan ASB. Jangan fikir banyak. Nanti kita sama-sama tengok anak kau main badminton.

Air mata aku tak dapat ditahan lagi. Minggu depan aku ke Singapura. Rasa sedih sangat bila aku terkenangkan Achik.

Kecil dulu dialah paling teruk. Kaki mengadu. Kaki mengampu, kedekut. Tapi bila besar, dia lain.

Angah pula dah pergi Singapura dulu. Dia cari hospital terbaik dan tinggal di rumah sepupu belah isteri dia di sana.

Hanya Angah yang akan datang melawat aku nanti. Minggu depan, aku tak dapat dah peluk anak aku. Isteri aku, mak aku.

Achik, Along minta maaf. Kalau Along tak dapat harungi, tolong terima dan jaga Kak Long. Jaga anak Along. Jaga mak.

Along tak dapat nak mesej kau pun, Achik. Berat untuk berdepan, bersuara dengan kau, Chik.

Along tak paksa kau Chik, tapi tolong ya, jaga anak Along.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...