Along Cham Titip Pesanan Buat Isteri Sebelum Ke Penjara – “Jaga Semua Anak-Anak Dengan Baik…”

Hiburan

Along Cham Titip Pesanan Buat Isteri Sebelum Ke Penjara – “Jaga Semua Anak-Anak Dengan Baik…”

Pelawak dan pelakon, Along Cham sempat menitipkan pesanan buat isterinya, Afreena Suhaimi agar dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ke atasnya jika disabitkan hukuman.

Menurut Astro Gempak, sebelum suaminya dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Afreena berkata Along turut mengharapkan agar isterinya itu kuat menghadapi dugaan yang ditempuhi.

Advertisement

Dia (suami) ada pesan supaya reda dan bersedia untuk hadapi tempoh lagi lima tahun. Along berkali-kali mohon maaf pada saya.

along cham dan isteri

Dia (suami) sempat pesan agar jaga semua anak-anak dengan baik tanpa dia disisi.

 

Isteri mana yang tak sedih bila orang kita sayang dalam keadaan begitu, tinggalkan pesan yang sama berkali-kali.

Dia akui kini dia terpaksa menguatkan semangat untuk bekerja tanpa bantuan dan kehadiran suami tercinta disisi.

along cham dan isteri

Siapa cakap saya tak down? Tapi saya tak boleh terus bersedih, perlu kerja cari rezeki untuk diri dan anak-anak.

 

Kalau saya sedih, macam mana nak teruskan hidup?

Terdahulu, Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.

Along cham mengaku tak bersalah miliki ganja
7 days ago

"Tolonglah, Saya Merayu, Saya Ada Anak" - Along Cham Berdepan Penjara Seumur Hidup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...