Isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui bahawa suaminya pernah melafazkan cerai ketika usia perkahwinan mereka baru dua bulan.
Walau bagaimanapun, menurut Mstar, Afreena atau lebih mesra disapa sebagai Feena enggan mengulas punca yang membawa kepada konflik berkenaan kerana menganggap ia terlalu peribadi.
Dia juga memberitahu pernah meminta Along untuk merujuk penceraian itu di mahkamah syariah namun tidak mendapat kerjasama yang baik daripada suaminya.
Lafaz cerai yang pertama itu saya tak boleh komen sebab ia terlalu peribadi.
Ketika itu saya pujuk dan berbincang dengan Along untuk ke mahkamah dan selesaikan perkara ini sebab ia berkaitan dengan hukum agama. Tapi, dia tak beri kerjasama.
Reda dengan perpisahan yang berlaku dalam tempoh perkahwinan singkat itu, Feena menganggap ia sebagai satu pengajaran buat dirinya.
Mungkin ini takdir kami. Tiada siapa yang minta perkara ini terjadi. Apa yang berlaku saya belajar untuk hargai diri sendiri sebelum sayang orang lain.
Tentang penipuan atau sebagainya satau tak nak komen. Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut.
Apa yang saya boleh katakan lafaz taklik itu hanya melibatkan satu perkara saja dan bukan tiga seperti dikatakan. Ia juga melibatkan orang ketiga.
Sebelum ini, Along mendedahkan dia dan isteri sudah berdepan dengan masalah rumah tangga seawal dua bulan perkahwinan mereka.
Dia turut memaklumkan telah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu namun mereka telah melakukan rujuk batin.