Along Cham Lega Mahkamah Benarkan Permohonan Percepat Lafaz Taklik – “Saya Tak Berani Biarkan Lama-Lama..”

Hiburan

Along Cham Lega Mahkamah Benarkan Permohonan Percepat Lafaz Taklik – “Saya Tak Berani Biarkan Lama-Lama..”

Pelawak dan pelakon, Along Cham meluahkan rasa lega selepas permohonannya untuk mempercepatkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Along, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, menjelaskan bahawa dia tidak mahu berlengah atau menunda prosedur perceraian taklik tersebut kerana ia telah beberapa kali dilanggar oleh Afreena sebelum ini.

Advertisement

afreena suhaimi dan along cham

 

Saya berterima kasih kepada Mahkamah Rendah Syariah Sepang sebab saya minta dipercepatkan kes ni kerana benda saya lafaz biasa itu lain, tapi ini babitkan taklik.

 

Saya tak berani nak biar lama-lama sebab benda ni berkaitan dengan agama dan dah tanya banyak pendapat ahli agama. Kalau ikutkan, memang dah dilanggarlah.

 

Jadi, pihak mahkamah syariah pun bagi tarikh mungkin cepat sikit (10 Mac).

along cham

Menurut Kosmo! Online, pelawak itu turut memaklumkan dia tidak melantik peguam syarie untuk mewakilinya kerana penceraian tersebut didakwa sudah berlaku.

Macam yang ustaz-ustaz sebelum ni ada beritahu, termasuklah Ustaz Azhar Idrus terangkan kalau suami cakap jangan keluar malam tu, jangan keluar dan sudah boleh jatuh (taklik).

 

Macam kes saya tu, bukan tentang dia keluar rumah tapi hal ini terlalu peribadi untuk dikongsi sebab nanti netizen kata saya buka aib. Jadi, biarlah saya selesaikan dalam mahkamah saja.

Sebelum ini, Along memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 10 Februari lalu.

Dalam kenyataan terdahulunya, Along menyatakan bahawa permohonan tersebut sepatutnya dibuat lebih awal, pada 16 Disember tahun lalu. Namun, proses itu tertangguh selepas dia ditahan polis di kediamannya pada 14 Disember atas kesalahan memiliki ganja.

Menurutnya, Afreena telah melanggar lafaz taklik yang melibatkan tiga perkara sepanjang perkahwinan mereka.

Along cham beri bayangan sudah bercerai
3 weeks ago

"#KembaliBujang" - Selesai Urusan Di Mahkamah Syariah, Along Cham Beri Bayangan Sudah Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...