Along Cham Dedah 3 Sebab Jatuh Lafaz Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri – “Tak Tahu Apa Niat Dia..”

Hiburan

Along Cham Dedah 3 Sebab Jatuh Lafaz Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri – “Tak Tahu Apa Niat Dia..”

Pelakon dan pelawak, Along Cham tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dengan mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, jatuh pada Julai 2024 di kediaman mereka di Cyberjaya.

Memetik laporan Mstar, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, perkara itu berlaku selepas isterinya melanggar amaran yang telah diberikan sejak awal perkahwinan mereka.

Advertisement

afreena suhaimi dan along cham

 

Amarannya adalah jika awak berhubung dengan bekas isteri saya, kongsi lokasi sekolah anak, maka jatuh talak satu.

 

Dia kongsi lokasi sekolah anak saya, dia hubungi bekas isteri dan cari Zila dengan alasan naluri sebagai seorang ibu.

Dalam pada itu, pelawak itu turut berkata, dia sudah berulang kali memberi amaran namun isterinya tetap berhubung dengan bekas isterinya dan melanggar syarat yang ditetapkan.

Sedangkan anak kandung sendiri dia tak mengaku anak. Saya difahamkan mereka berhubung sejak Jun 2024.

 

Tak tahu apa niat dia, berkemungkinan sebagai pemberi maklumat.

Selain itu, Along turut mengemukakan dua sebab lain yang menyebabkan jatuhnya lafaz taklik iaitu perbuatan curang dan tindakan membelakangkannya dalam segala urusan rumah tangga.

along cham

Saya ada bukti dia curang dan tipu saya. Dia juga selalu buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan saya.

 

Semua perkara itu berlaku dan saya ada bukti. Saya tak mahu kemukakan bukti awal sebab nanti defenden (Afreena) serang mereka.

Dalam prosiding yang berlangsung, pihak Along turut mengemukakan bukti rakaman audio yang menunjukkan Afreena sedar mereka sudahpun rujuk.

Dia tahu (sudah rujuk) dan dia sudah maklumkan pada sahabat baik dan orang sekeliling dia. Saya ada bukti (rakaman audio).

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Sebelum ini, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak awal perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

along cham dedah anak kecewa dia bercerai kali kedua
4 months ago

Anak Kecewa Along Cham Bakal Bercerai Kali Kedua - “Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...