Along Cham Dakwa Afreena Curang, Terima Bukti Dari Orang Ramai Termasuk Bekas Suami – “Dia Lupa Dia Kahwin Dengan Artis”

Hiburan

Along Cham Dakwa Afreena Curang, Terima Bukti Dari Orang Ramai Termasuk Bekas Suami – “Dia Lupa Dia Kahwin Dengan Artis”

Pelakon dan pelawak, Along Cham mengakui terkejut apabila dia menerima rakaman suara didakwa berkait dengan kecurangan isterinya, Afreena Suhaimi.

Memetik laporan Kosmo! Online, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, butki audio itu bakal dibentangkan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 3 Julai depan, selepas melalui semakan awal oleh peguam syarie yang mewakilinya iaitu Muhammad Akmal Amzan.

Advertisement

along cham

 

Pada awalnya, saya sendiri terperanjat bila dengar rakaman tu tapi benda macam ni tak boleh dibentang sebarangan. Peguam saya dah dengar dan nilai dulu sebelum dibawa ke mahkamah.

 

Pihak belah sana pun terkejut bila saya tunjuk bukti ni. Mereka sangka saya hanya ada hal berkaitan bekas isteri saya, rupanya lebih dari itu.

Bekas suami Afreena beri bukti

Apabila ditanya tentang dakwaan wujudnya gambar Afreena bersama lelaki lain ketika mereka masih bergelar suami isteri, pelakon itu tidak menafikan perkara tersebut malah mengesahkan bahawa dia turut menerima bukti berkenaan.

Kata Along, semua maklumat dan bukti itu bukan hasil siasatan dirinya sendiri, tetapi diberikan oleh individu sekeliling yang pernah rapat dengan Afreena termasuklah bekas suami wanita tersebut.

along cham dan isteri

Dia lupa, dia kahwin dengan artis. Ramai yang kenal saya, ramai juga yang tampil beri maklumat. Termasuk bekas suami dia sendiri.

 

Saya sedikit ralat, kenapa tidak beritahu lebih awal? Kalau saya tahu dari awal, tentu lain jalan cerita rumah tangga kami. Tapi sekarang nasi dah jadi bubur.

 

Saya tak pernah cari pun semua bukti ini, tapi Allah bantu. Daripada gambar sehinggalah rakaman suara, semua sangat membantu perjalanan kes. Sekarang saya tunggu pula apa ‘plot twist’ dari pihak sana.

Terdahulu, Afreena pernah mendedahkan bahawa rumah tangganya bersama Along Cham sudah bermasalah sejak dua bulan selepas mereka berkahwin.

Dia juga mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 April 2023, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Along selepas berpisah dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14 tahun, yang kini berada di bawah jagaannya.

Along Cham Dedah 3 Sebab Jatuh Lafaz Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri - "Tak Tahu Apa Niat Dia.."
49 mins ago

Along Cham Dedah 3 Sebab Jatuh Lafaz Taklik, Antaranya Afreena Hubungi Bekas Isteri - "Tak Tahu Apa Niat Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...