Pelawak, Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik itu pada pukul 11 pagi.
Along Cham fail cerai taklik di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ni.
Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kenyataan daripada pelawak tersebut kerana panggilan telefon tidak dijawab.
Peguamnya ketika dihubungi meminta pengesahan tersebut datang sendiri daripada Along mahupun isterinya.
Maaf, saya rasa persoalan tersebut lebih baik diajukan sendiri kepada tuan punya badan.
Kelmarin, pelawak itu membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen di sini melepaskannya tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.