Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang Fizz Fairuz

Almy Nadia Nafi Status WeChat Tentang Fizz Fairuz

Beberapa hari lepas, akhbar Kosmo! melaporkan tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang dikatakan mahu merisik Almy Nadia, manakala Almy  telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini tersebar luas dan ini menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

Advertisement

Hari ini melalui Sinar Harian, Almy menafikan status itu dimuat naik ke Twitter, sebaliknya diambil dari WeChat beliau.

Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.

Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan.


Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.

Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.

Almy turut menafikan status itu ada kaitan dengan sesiapa.

Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.

Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.

Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-

Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.

Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.

Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.

Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih.

Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...