Almy Nadia & Fizz Fairuz Namakan Anak Mereka Nur Afrina Ariana

Hiburan

Almy Nadia & Fizz Fairuz Namakan Anak Mereka Nur Afrina Ariana

Tanggal 16 Februari lalu, hidup Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan seberat 3.25kg. Bayi itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak kira-kira jam 6.49 petang. Walaupun hanya akan mendedahkan wajah anak mereka selepas 44 hari,  namun Almy telah pun memaklumkan nama puteri kesayangannya hari ini menerusi Kosmo.

nama anak almy nadia

Advertisement

Nama yang telah dipilih untuk puteri Fizz Fairuz dan Almy Nadia ialah Nur Afriana Ariana. Menurut Almy, maksud nama tersebut ialah cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan. Alhamdulillah. Sedap namanya. Makna nama pun bagus sangat. Almy Nadia memanggil anaknya itu dengan nama ‘Ariana’.

nama anak almy nadia

Semoga Ariana membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah apabila dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan. Abang Nara pasti ramai yang tak sabar nak menatap wajah si comel itu kelak. Sementara itu, banyak-banyakkanlah bersabar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Almy Nadia & Fizz Fairuz Namakan Anak Mereka Nur Afrina Ariana Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan