Tanggal 16 Februari lalu, hidup Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan seberat 3.25kg. Bayi itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak kira-kira jam 6.49 petang. Walaupun hanya akan mendedahkan wajah anak mereka selepas 44 hari, Â namun Almy telah pun memaklumkan nama puteri kesayangannya hari ini menerusi Kosmo.
Nama yang telah dipilih untuk puteri Fizz Fairuz dan Almy Nadia ialah Nur Afriana Ariana. Menurut Almy, maksud nama tersebut ialah cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan. Alhamdulillah. Sedap namanya. Makna nama pun bagus sangat. Almy Nadia memanggil anaknya itu dengan nama ‘Ariana’.
Semoga Ariana membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah apabila dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan. Abang Nara pasti ramai yang tak sabar nak menatap wajah si comel itu kelak. Sementara itu, banyak-banyakkanlah bersabar.