Almy Nadia Enggan Komen Mengenai Perkahwinan Dengan Fizz Fairuz

Hiburan

Almy Nadia Enggan Komen Mengenai Perkahwinan Dengan Fizz Fairuz

Memang gadis Melayu sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu kucing pula sehingga enggan memberikan sebarang komen. Untuk anda yang tak tahun, semalam Fizz Fairuz mengakui bakal bernikah dengan kekasihnya ini pada tahun hadapan. Ditanya mengenai hal itu, Almy Nadia mahu memilih masa yang sesuai untuk memberitahu perkara sebenar.
almy nadiaBagus juga sebenarnya langkah Almy Nadia ini. Kena berhati-hati. Sudah berapa kali dikecewakan oleh orang yang sama. Kang tak pasal-pasal kalau dah dah mengaku tiba-tiba tak jadi, lagi malu dibuatnya. Kata Almy Nadia kepada Utusan Malaysia:-

Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz) yang memberi sebarang kenyataan

Advertisement

Kali ini, secara jujurnya Abang Nara berharap agar Fizz Fairuz tidak lagi mempersiakan Almy Nadia. Jangan beri harapan menggunung lepas itu dihancurkan sebegitu sahaja seperti dulu. Kalau buat lagi perangai macam itu, Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Buat Almy, teruskan berdoa agar diminta petunjuk sama ada Fizz benar-benar calon suami yang sesuai untuk anda.

P.S: Menteri mengeluh pemandu-pemandu tidak beri laluan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...