Seakan mampu menghembus nafas lega, pelakon jelita Datin Almy Nadia zahir rasa syukur selepas anak sulungnya, Nur Afrina Arianna kini khabarnya sudah boleh diharap meskipun baru berumur lima tahun.
Kata Almy, Afrina telah mengganti tempatnya untuk menjaga dirinya dan dua orang adik yang sama-sama tidak sihat.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Almy kepada umum di laman Instagramnya.
“Nasib ada dia, bersyukur sangat! Walaupun umur lima tahun, dia ganti tempat mama dia jaga mama dengan adik-adik. Boleh diharap bila mama sakit demam, adik-adik sakit, dia lah yang jaga kami bila papa kerja. Sayang kakak.”
Rakaman video Afriana meletakkan koolfever di dahi selain sedang menyuap adiknya makan bubur turut dipahat Almy di Instagram Stories.
Dalam pada itu, suami Almy iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz turut kagum melihat sikap Afrina yang sudah boleh menjaga keluarga.
“Besar dah kakak, dah boleh jaga keluarga. Siap bagi ubat tau hahaha.”
Sekadar informasi, Almy telah sah bergelar isteri kepada Fizz pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, dan seorang anak angkat benama Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 11 tahun.