Written by AbangNara | August 5th, 2011

Betullah kata orang yang kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Ally Iskandar akhirnya membuat pengakuan yang dia sudah putus tunang dengan Nur Aishah Zainal pada 30 Julai lalu. Sedih memang sedih tetapi nampaknya itu adalah ketentuan daripadaNya.

ally iskandar putus tunang

Namun begitu perpisahan mereka adalah secara baik dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga ataupun kerana dilanda krisis besar. Antara mereka berdua tidak ada keserasian. Berikut ialah kata-kata Ally:-

Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik

Takziah kepada Ally dan Aishah. Untuk makluman, mereka berdua masih berkawan baik walaupun sudah putus tunang.Semoga kedua-duanya akan kekal menjadi kawan dan semoga masing-masing dipertemukan jodoh secepat mungkin. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 responses to Ally Iskandar Sah Putus Tunang, Orang Ketiga Bukan Punca

  1. […] Ally Iskandar Sah Putus Tunang, Orang Ketiga Bukan Punca (41) […]

    0

    0
  2. […] mengetahui yang Nur Aisyah Zainal adalah bekas tunang kepada Ally Iskandar. Dan sudah tentu anda juga mengetahui yang Ally Iskandar sedang bahagia dengan isterinya, Farah […]

    0

    0
  3. naz says:

    dia nk kwin org ganu jugak huhuhuhu,,,,

    0

    0
  4. […] mengetahui yang Nur Aisyah Zainal adalah bekas tunang kepada Ally Iskandar. Dan sudah tentu anda juga mengetahui yang Ally Iskandar sedang bahagia dengan isterinya, Farah […]

    0

    0