January 11th, 2012

Sebenarnya sudah 2,3 hari Abang Nara mendapat confirmation mengenai majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee. Confirmation tersebut telah dilakukan oleh Farah Lee sendiri yang telah menghantar mesej kepada rakan-rakannya di Facebook ke majlis kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis pernikahannya dengan Ally Iskandar pada 20 Januari ini.

farah lee nikah

Majlis ini akan berlangsung di rumah kedua ibu bapa Farah Lee di Terengganu. Majlis akan berjalan secara simple dan sempoi. Untuk makluman, tiada kad undangan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk majlis ini. Kemungkinan besar kekangan masa kerana Farah Lee baru sahaja pulang dari Korea untuk bercuti menyebabkan tidak sempat untuk menempah sebarang kad.

Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farah Lee dan Ally Iskandar atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan mereka akan berjalan dengan lancar kelak. Amin


69 responses to “Ally Iskandar Sah Nikahi Farah Lee 20 Januari 2012 Ini”

  1. mak moon says:

    Tahniah.. seronok dengar komen Ally dalam kosmo hari ini… cerita awak macam saya.. jodoh diatur keluarga.. memang menyeronokkan mengenali seseorang setelah menjadi suami/isteri lebih barakah.. hubungan dan jalinan rasa dalam ikatan yang halal Allah akan memudahkan perjalalanan hubungan tersebut. Kami banyak perbezaan tetapi ada satu persamaan yang mengeratkan kami.. proses mencari persmaan itu amat membahagiakan.. semoga Allah memberkati dan merahmati perjalanan kasih anda. InsyaAllah

  2. cuti-cuti kawin kawin la ni…

  3. […] atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan mereka akan berjalan dengan lancar kelak. Amin..beautifulnara.com Posted in Artis Malaysia, ENTERTAINMENT | Tags: Farah Lee dan Ally Iskandar bakal berkahwin […]

  4. me only says:

    “Farah Lee baru sahaja pulang dari Korea untuk bercuti ” – maksudnye.. die baru balik dari korea.. n kat sini bercuti.. :)

  5. miza says:

    abg nara ada salah info..dia bukan bercuti kat korea..dia belajar kat korea la.. =)

Loading...