Selepas dikejutkan dengan kisah putus tunang Elia dan Khairul Fahmi, ada sumber dan berita yang menyatakan Ally Iskandar dan tunangnya, Nur Aishah Zainal sudah putus. Abang Nara berharap agar berita ini hanya khabar angin semata-mata.
Menurut sumber, khabar angin ini dikuatkan apabila Nur Aishah Zainal meletakan status “I’m officially single” di Facebooknya. Kemungkinan besar pertunangan mereka putus di tengah jalan akibat kesibukan kedua-dua pihak.
Marilah sama-sama kita berdoa agar pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Zainal sebenarnya masih berkekalan. Bak kata orang, cabaran masa bertunang memang lain daripada yang lain. Darah manis la katakan. Tak gitu? Mesti korang pun ada pengalaman kan? Share-share la kalau sudi.